Apakah kepimpinan Umno tidak dapat
merasai lagi denyut nadi rakyat? Nampaknya begitulah ......
Nada Umno
sudah berbeza dengan nada rakyat.
Perasaan benci rakyat
tidak tertumpu kepada UMNO atau BN. Mereka tidak terima Najib dan
kemarahan mereka hanyalah kepada Najib dan beberapa pemimpin UMNO yang
membodek kerana hendak jawatan atau lain-lain.
Bila rakyat sudah merasakan bahawa Umno
tidak lagi mewakili suara rakyat dalam hal sesensitif ini, bagaimana
mungkin Umno masih mengharapkan sokongan rakyat ketika
Pilihanraya nanti?
Jika Najib tidak lagi menjadi Presiden UMNO dan memimpin
BN, besar kemungkinan BN dan UMNO akan menang dalam PRU-14 akan datang.
Justru ahli-ahli UMNO yang sayang dan ingin UMNO kekal dan berkuasa
perlu tolak Najib sebelum pilihanraya. Jika penolakan ini dibuat terlalu
lewat, masa untuk pemulihan UMNO tidak mencukupi.
Jika sayang UMNO tolak Najib sekarang. Jika sayang Najib, UMNO akan hilang kuasa dan Melayu bakal hancur berkecai.
Ahli2 Umno masih mampu untuk mengubahnya .....
No comments:
Post a Comment