Teman tak pasti pulak, kalau golongan OKU cacat penglihatan atau yang disebut orang-orang buta ini juga amat mudah dijangkiti sindrom ’Buta Perut’.
Namun begitulah hakikatnya pada penglihatan kami, apabila bertemu sekumpulan 20 orang buta dari Solidariti Orang Buta Malaysia yang turut muncul dalam himpunan anti-GST diKLCC siang tadi.
Mereka merungut perlaksanaan GST telah menyusahkan orang buta kerana semakin banyak orang buta diragut oleh perompak.
"GST menyebabkan orang semakin miskin, maka kami dijadikan sasaran peragut."
"Mereka mula-mula datang buat baik dengan kita kemudian dompet kita diragutnya."
"Kami pergi membuat laporan polis tetapi polis mahu kita cam muka peragut. Kami buta macam mana nak lukis muka peragut?" kata Fadil, 42 yang hanya menjalankan perniagaan kecil sendiri.
Dia turut merungut, perlaksanaan GST telah menyebabkan barang dan peralatan orang buta semakin mahal.
"Malah, Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) turut kenakan GST pada kita," katanya dengan nada marah.
Kesian !!!.... nampaknya bukan hanya rakyat biasa, malah orang-orang buta juga telah menjadi mangsa hasutan Pakatan Rakyat, yang sentiasa mencari segala ruang dan peluang yang ada bagi memburuk-burukkan kerajaan.
Hakikatnya, kalau pun orang-orang buta ini memang pernah diragut, perbuatan jenayah sengkek ini selaunya dilakukan olih penagih-penagih dadah yang sememangnya mencari duit dengan jalan pintas.
PDRM sendiri dari masa-kesemasa, telah berulang-kali menasihatkan masyarakat supaya lebih berhati-hati dengan modus-operandi jenayah yang sebegini.
No comments:
Post a Comment