PRK Permatang Pauh sudah pun selesai. Wan Azizah, wanita yang berusia
63 tahun itu telah sah kembali menjadi Ahli Parlimen PR Permatang Pauh.
Yang menang sudah pun menang, sementara yang kalah terpaksa menerima hakikat kekalahan, kerana itulah pilihan yang dibuat para pengundi setempat.
Namun trend pengundi-pengundi di negara kita ini masih jauh jika mahu dibandingkan dengan daya berfikir pengundi-pengundi di negara-negara maju.
Walaupun kita juga sudah mula berjinak-jinak dan mempraktikkan forum dan debat dikalangan ahli-ahli politik kita, namun debat kita rata-rata menjurus kepada mencari salah dan keburukan lawan. Amat jarang pendebat-pendebat kita memfokuskan persoalan perancangan dan hala-tuju perjuangan.
Begitu jugalah dalam memilih calun wakil rakyat atau wakil parlimen, para pengundi kita amat jarang menggunakan ukuran kemampuan dan hala-tuju perjuangan calun yang mereka pilih.
Kelihatannya para pengundi kita masih lagi terikat dengan faktor kekitaan, simpati dan tidak kurang juga pemilihan atas dasar fanatik kepartian, tanpa mengambil kira kemampuan serta harapan dalam hal-hal yang disebutkan tadi.
Sebagai contoh, kehadiran Wan Azizah kali ini berbekalkan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang di Selangor, sesuatu yang jarang berlaku atau mungkin tidak pernah berlaku. Bekas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim juga pernah memegang dua jawatan sebagai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur dan ADUN Pelabuhan Klang di Selangor.
Menteri Besar Selangor sekarang, Azmin Ali juga menjadi Ahli Parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa di Selangor. Lim Guan Eng juga ada dua jawatan iaitu sebagai Ahli Parlimen Bagan di Seberang Perai dan ADUN Air Puteh di sebelah pulau.
Bagi Azmin dan Guan Eng, dua kerusi mereka masih di negeri yang sama tetapi apa yang mahu diperkenalkan Presiden PKR kali ini agak pelik, iaitu sebelah kaki di Selangor dan sebelah lagi di Pulau Pinang.
Persoalannya, mampukah Wan Azizah melaksanakan tanggungjawab ini secara serentak? Siapa pun akan mengaku ‘boleh’ sebelum mendapat sesuatu tetapi selepas mendapatkannya apa yang akan berlaku?
Khabarnya Guan Eng sanggup membantu menjaga Permatang Pauh dan Azmin pula menghulurkan bantuan di Kajang. Kenapa perlu ada wakil membantu? Kenapa tidak diberikan tanggungjawab itu kepada orang yang sedia berkhidmat sepenuh masa?
Bukankah akan lebih mudah mempunyai wakil rakyat yang tinggal di kawasan berkenaan, mudah ditemui dan mudah turun padang menemui pengundi. Pertimbangan ini lah yang tidak dinilai olih para pengundi Permatang Pauh sebelum membuat pilihan. Atau pun memang sudah tertanam didalam pemikiran mereka, bahawa apa pun alasannya, Wan Azizah tetap pilihan mereka atas sebab-sebab yang hanya mereka sahaja yang tahu.
Namun tidak terfikirkah mereka, tanggungjawab berat yang sedang dipikul olih Wan Azizah sekarang? Dialah sang isteri yang sedang berjuang untuk terus membebaskan suaminya, dia juga yang mahu menjaga PKR, dia juga mahu menjaga hubungan pakatan DAP-Pas-PKR, dialah juga yang mahu bekerja di Kajang disamping menjaga cucu-cucunya. Cukup berat tanggungjawab yang ada pada wanita warga emas ini.
Apakah ada kuasa hikmat yang membolehkan beliau menunaikan amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan kepadanya itu? Sepatutnya para pengundi boleh menunjukkan simpati dengan ‘menolak’ Wan Azizah. Tujuannya bagi meringankan beban yang sedang ditanggung. Namun jelas itu tidak ada didalam pemikiran para pengundi-pengundi dinegara kita ini.
Sikap totok kekitaan atau pun simpati membabi-buta masih lagi menebal didalam diri para pengundi-pengundi kita, walau pun kita sedang dalam proses menuju kearah menjadi sebuah negara maju.
Justeru peluang bagi melakukan transformasi terbuang begitu saja, disebabkan mereka sendiri tidak mahu melakukan transformasi minda mereka yang sedang berada ditakuk lama seperti itu.

No comments:
Post a Comment