Friday, 22 May 2015

Melontar Jumroh Dibangunan Tabung Haji.

Melontar jumroh di Jamarot, Mina, dilakukan selepas melaksanakan wukuf di Arafah dan Muzdalifah Mabit. Melontar jumroh adalah salah satu daripada Haji wajib. Jemaah yg tidak menjalankan jumroh perlu membayar denda empangan atau seekor kambing. Jika tidak mampu, boleh diganti dengan fidyah 10 hari berpuasa.

Upacara Jumroh melambangkan ketahanan manusia terhadap godaan syaitan yg direjam dan orang2 berpaling dari perintah Allah. Jumroh bermakna yg melambungkan, ibadah untuk memperingati penolakan Nabi Ibrahim godaan syaitan supaya dia tidak menjalankan perintah Allah untuk menyembelih anaknya, Ismail.

Tiga kali syaitan tergoda Ibrahim dan tiga kali dia membaling batu sebagai satu penolakan. Di tiga tempat tugu kemudian dibina bernama jumroh Ula, Wustho, dan Aqobah di Mina berhampiran pintu pagar.

Jemaah biasanya bersedia untuk membaling batu2 apabila mereka mabit jumroh atau bermalam di Muzdalifah selepas wukuf di Arafah. Jumroh batu tidak perlu terlalu besar supaya tidak mencederakan jemaah lain dan saiz batu kelikir adalah kira2 saiz jari kita.

Teman terkejut dengan satu gurauan yg berbunyi ... memendekkan kerja haji tanpa kerja melontar batu jumroh. Lontar batu boleh dibuat sekembalinya ke tanah air dengan membaling batu di bangunan TH. Tapi kena ingat, jangan baling lebih2 sebab ada juga yg baik2 disitu, sambung tulisan itu lagi disatu blog yg teman jumpa.

Persoalannya adakah merosakkan bangunan TH sesuatu tindakan yg diharuskan? Sebagai orang Islam, adakah gurauan dalam kemarahan berkaitan ibadat ini wajar? Ituah antara kesan dari kemelut yg sedang melanda TH atas penglibatan dengan 1MDB itu.

Seorang sahabat bukan Islam bertanyakan teman, sama ada sudah mengeluarkan wang di dalam Lembaga Tabung Haji (TH). Katanya ramai yg berbuat demikian kerana bimbangkan pelaburan mereka di institusi itu.

Teman menjawabnya dengan menyatakan terima kasih kerana prihatin terhadap pendeposit seperti saya. Walaupun bukan Islam, nampaknya dia mengambil berat terhadap masalah rakannya sebagai orang Islam.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang juga bersuara mengenai TH ini, seolah2 satu penyelewengan besar sedang berlaku di TH. Mungkin disebabkan ia melibatkan orang ramai bukan hanya melibatkan anggota parti politik satu2 parti. Jika sekadar penyelewengan duit tabung parti politik, mungkin riuhnya tidak sehebat ini. Punca kemarahan hanyalah kerana TH melaburkan wang pendeposit di 1MDB. Sebelum ini pun banyak pelaburan yg dibuat oleh TH tanpa kita ketahui potensi untung rugi pelaburan itu, namun kokoknya tidaklah sehebat sekarang.

Teman memberitahunya, tidak akan mengeluarkan wang simpanan itu. Niat teman menyimpan hanyalah untuk menunaikan haji. Teman menyimpan untuk mencukupkan jumlah yg diperlukan. Walaupun menyimpan sejak remaja dan sudah mencukupi, teman tetap membiarkan wang itu kerana me­nunggu giliran yg entah bila akan tiba, entah masih hidup atau sudah meninggalkan dunia ini.

Simpanan itu adalah hasil titik peluh teman yg akan membantu ke Mekah dan Madinah bagi menunaikan ibadah haji, Rukun Islam yg ke lima. Bagi teman, tidak perlu mengeluarkan wang simpanan itu kerana niat asal menyimpan adalah bagi membolehkan ke Mekah. Jika ada dividen atau bonus, syukurlah. Pada masa yg sama TH diharap memberikan perkhidmatan haji yg terbaik. Jika mahu mengaut keuntungan yg lebih, eloklah melabur di tempat lain. Ada macam2 pelaburan yg diperkenalkan oleh pelbagai institusi.

Teman juga menjelaskan kepada rakan itu bahawa konsep simpanan di TH adalah berdasarkan konsep Wadi’ah Yad Dhamanah. Ia merupakan konsep simpanan di mana pendeposit menyimpan wangnya dan TH sebagai penjaga bersetuju untuk menjaga wang tersebut. Dalam kontrak ini, pendeposit telah memberi keizinan kepada TH untuk menggunakan/meminjam wang mereka bagi tujuan perniagaan, pelaburan dan sebagainya. Kesan daripada kebenaran ini, TH/kerajaan akan menjamin wang yg diletakkan di bawah jagaannya. Dari sudut keuntungan yg diperoleh, ia adalah milik penuh TH. Oleh itu, keuntungan yg diagihkan adalah menurut budi bicara TH termasuk juga memberi pulangan yg berlainan kepada para pendeposit.

Hari ini, banyak negara Islam meminta bantuan dan kepakaran kita bagi menubuhkan institusi yg serupa di negara mereka.

Seperkara lagi, tanggungjawab setiap kakitangan termasuk pengurusan kanan yg mengendalikan TH ini adalah amat besar. Ini soal amanah. Mereka bertanggungjawab menjaga amanah itu dan tidak ‘menzalimi’ pendeposit. Ingatlah pendeposit telah mengamanahkan wang mereka untuk disimpan di TH.

Amanah amat penting. Ia juga berkait rapat dengan ganjaran di dunia dan di akhirat. Mereka yg tidak amanah mungkin terlepas di dunia ini tetapi bagaimana di akhirat nanti? Ingatlah bukan mudah menguruskan wang umat Islam untuk tujuan yg baik itu. Sebagai orang Islam, kita harus yakin dengan mereka yg diberi amanah dan tanggungjawab ini. Tidak dinafikan di mana2 agensi ada berlaku kepincangan tetapi sama ada ia dalam skala besar atau kecil.

 Apa yg berlaku baru-baru ini mendapat perhatian banyak pihak kerana kesangsian berhubung urus niaga tanah 1MDB. Akhirnya ada pihak yang mengambil kesempatan menggesa pendeposit mengeluarkan wang mereka. Tidak pasti sejauh mana reaksi orang ramai berhubung gesaan itu. Adakah wang di TH sudah merosot? Itu hak pen­yimpan untuk menentukannya tetapi berfikirlah secara rasional.

Bagi yg sudah menunaikan haji mungkin boleh mengeluarkan wang mereka tetapi persoalannya ke mana mahu dilaburkan? Bagaimana pula yg belum mendapat giliran? Adakah mereka mengambil tindakan yg sama? Jangan jadi seperti marahkan nyamuk kelambu dibakar. Duit diambil tetapi habis sebelum sempat dipindahkan ke tempat lain. Bagi warga Lembah Kelang terutama di ibu negara, amat mudah untuk mengeluarkan wang di TH dan kemudian singgah di ibu pejabat Permodalan Nasional Berhad (PNB) yg terletak bersebelahan.

Eloklah bagi yg merajuk de­ngan TH ‘berhijrah’ ke PNB supaya pegangan ekuiti orang Melayu tidak terancam akibat isu ini. Kita bimbang ada pihak tertentu yg me­rancang untuk meruntuhkan pegangan ekonomi orang Melayu dalam institusi seperti TH ini. Sebelum ini PNB juga ‘diserang’ dengan pelbagai kenyataan yg mempertikaikan pelaburan oleh agensi itu.

Isu berkaitan berjaya diselesaikan dengan baik dan kembali meyakinkan pelabur. Bagi mereka yg tidak yakin dengan TH tidak perlulah mengajak orang lain ‘menyerbu’ TH. Amat malang apabila terdapat desakan dalam media sosial supaya pendeposit mengeluarkan simpanan mereka. Kenapa perlu dikeluarkan? Bagi pendeposit yg menyimpan jutaan ringgit mungkin ada kebimbangan tetapi bagi pendeposit yg hanya ada simpanan sekadar mampu menunaikan haji, eloklah berfikir dua kali. Rasanya pendeposit kecil ini tidak akan hilang simpanan mereka berdasarkan nilai pelaburan yg dimiliki oleh TH ketika ini.

Bagi TH pula, mereka perlu mengambil langkah proaktif membetulkan sebarang kepincangan di dalam pentadbiran dan penguru­sannya. TH perlu melakukan se­suatu bagi memulihkan keyakinan pendeposit dan ‘mematikan’ ke­re­­sahan mereka. Jangan biarkan mereka ‘memberontak’ sehingga menimbulkan masalah lain termasuk mengambil tindakan drastik secara kolektif terhadap institusi kewangan Islam itu.

Amat malang ada yg marah sehingga sanggup memperkecil atau memperlekehkan ibadah haji. Kawal sikit kemarahan itu. Tak perlulah mengajak mereka yg tidak dapat menunaikan ibadah haji de­ngan ‘melontar batu’ di bangunan TH bagi menghalau setan di sana. Bukankah giliran menunaikan haji mengikut kuota yg diluluskan?

No comments:

Post a Comment