Saturday, 23 May 2015

Memahami makenisme pengiraan cukai GST.

Harga barang naik dipengaruhi banyak faktor, bukan disebabkan cukai sahaja.

GST ialah cukai nilai tambah, cukai dikenakan ke atas nilai tambah setiap peringkat rantaian pembekalan. Cukai ini ditanggung pengguna.

Pengilang – Pemborong – Peruncit – Pengguna
Jika kos bahan mentah, gaji dan kos operasi pada harga sama, GST adalah 6% sahaja sepanjang rantaian pembekalan ini.

Pengilang, pemborong dan peruncit yang mendaftar dengan GST boleh mengutip cukai dan menuntut semula cukai yang ditanggung.
Cukai tidak boleh dikutip sesuka hati jika peniaga tidak mendaftar dengan JKD.

Contoh:
———-
Air-cond dan GST 6%
Harga kilang = RM700
Pengilang jual kepada pemborong = RM700 x 106% = RM742
GST RM42

Pemborong kepada peruncit = RM700 + RM50 = RM750
RM50 adalah keuntungan pemborong
Jumlah yang dikutip pemborong = RM750 x 106% = RM795
Pemborong kutip cukai = RM45
Pemborong tuntut cukai = RM42
Net cukai serah ke JKD = RM3

Peruncit kepada pengguna = RM750 + RM100 = RM850
RM100 adalah keuntungan peruncit
Jumlah yang dikutip peruncit = RM850 x 106% = RM901
Peruncit kutip cukai = RM51
Peruncit tuntut cukai = RM45
Net cukai serah ke JKD = RM6
Jumlah GST ke JKD = RM42 + RM3 + RM6 = RM51
Harga kepada pengguna akhir = RM850
GST yang dikutip daripada pengguna akhir = RM51

Situasi ini berlaku apabila pengilang, pemborong dan peruncit sudah mendaftar GST.
Cukai bukan kos.
.
Jika peniaga tidak mendaftar, ia akan termasuk dalam kos mereka.
Contoh: Peruncit tidak mendaftar dengan GST
Kos peruncit RM795
Untung RM100
Harga kepada pengguna = RM895
Pengguna jimat RM6.

Jika peniaga sesuka hati menaikkan harga dengan alasan GST walhal mereka boleh menuntut semula cukai ini daripada JKD, mereka yang menganiayai pengguna dan bersikap tidak jujur. Tidak dinafikan faktor lain mempengaruhi harga barangan di pasaran. Pengurusan kos dan strategi meletakkan harga amat penting untuk anda mengekalkan atau meningkatkan penguasaan di pasaran.

Untuk pengguna, berbelanja dengan bijak dan jika kita mendapati peniaga mengutip cukai tanpa lesen yang sah, adukan kepada KPDNKK dan Jabatan Kastam.

Pengguna bijak tidak akan membenarkan peniaga sesuka hati menganiayai kita.

GST tidak dapat dielakkan kerana ia satu makenisme pungutan cukai yg efisyen yg diamalkan di lebih 16O negara didunia. Bertindaklah dengan apa yg boleh kita kawal, perbelanjaan dan penjimatan.
Sebagai penguna, kita ada hak mendapat nilai daripada apa yg kita bayar.
Dengan syarat, kita tahu apa yg kita mahu dan mampu mendapatkannya dengan nilai yg berbaloi.

* Disclaimer: Posting ini tidak ada kena mengena dengan politik. Ia sekadar panduan untuk para pengguna memahami tentang cara pengiraan GST yg bolih mengelirukan dan menyebabkan kerisauan serta gundah gulana kepada kita pengguna.

No comments:

Post a Comment