Wednesday, 27 May 2015

Bila Polis Nak Tangkap Puak-Puak Nie ???



Timbul persoalan, adakah OPS WARTA yang telah dilancarkan oleh PDRM untuk memburu pesalah-pesalah trafik yang enggan membayar saman mereka, tidak melibatkan orang-orang politik dan vip-vip?

 Adakah undang-undang itu sekadar untuk orang awam tetapi langsung tidak melibatkan para pemimpin politik yang dengan megah mendabik dada kononnya mereka memperjuangkan ketidakadilan dan kezaliman tetapi pada masa yang sama, mereka yang berlebih-lebih melakukan kezaliman dan tidak mengikut undang-undang?

Kalau operasi penguatkuasaan itu tidak memilih bulu, bagaimana orang seperti Nurul Izzah boleh ke luar negara dengan bebas tanpa menyelesaikan tunggakan saman trafik mereka? Bagaimana orang seperti Ngeh Koo Ham yang mempunyai lebih 70 saman trafik tertunggak boleh terlepas begitu sahaja?

Adakah undang-undang hanya untuk anak-anak bilis tetapi apabila melibatkan pemimpin-pemimpin politik, walaupun mereka terang-terang melakukan kesalahan dan perlanggaran undang-undang, perbuatan mereka itu akan dilindungi dengan penguatkuasaan ke atas orang awam?

Sekali-sekali kena juga kejar jerung, jangan kerap sangat bagi jerung nie terlepas ...

Saturday, 23 May 2015

Memahami makenisme pengiraan cukai GST.

Harga barang naik dipengaruhi banyak faktor, bukan disebabkan cukai sahaja.

GST ialah cukai nilai tambah, cukai dikenakan ke atas nilai tambah setiap peringkat rantaian pembekalan. Cukai ini ditanggung pengguna.

Pengilang – Pemborong – Peruncit – Pengguna
Jika kos bahan mentah, gaji dan kos operasi pada harga sama, GST adalah 6% sahaja sepanjang rantaian pembekalan ini.

Pengilang, pemborong dan peruncit yang mendaftar dengan GST boleh mengutip cukai dan menuntut semula cukai yang ditanggung.
Cukai tidak boleh dikutip sesuka hati jika peniaga tidak mendaftar dengan JKD.

Contoh:
———-
Air-cond dan GST 6%
Harga kilang = RM700
Pengilang jual kepada pemborong = RM700 x 106% = RM742
GST RM42

Pemborong kepada peruncit = RM700 + RM50 = RM750
RM50 adalah keuntungan pemborong
Jumlah yang dikutip pemborong = RM750 x 106% = RM795
Pemborong kutip cukai = RM45
Pemborong tuntut cukai = RM42
Net cukai serah ke JKD = RM3

Peruncit kepada pengguna = RM750 + RM100 = RM850
RM100 adalah keuntungan peruncit
Jumlah yang dikutip peruncit = RM850 x 106% = RM901
Peruncit kutip cukai = RM51
Peruncit tuntut cukai = RM45
Net cukai serah ke JKD = RM6
Jumlah GST ke JKD = RM42 + RM3 + RM6 = RM51
Harga kepada pengguna akhir = RM850
GST yang dikutip daripada pengguna akhir = RM51

Situasi ini berlaku apabila pengilang, pemborong dan peruncit sudah mendaftar GST.
Cukai bukan kos.
.
Jika peniaga tidak mendaftar, ia akan termasuk dalam kos mereka.
Contoh: Peruncit tidak mendaftar dengan GST
Kos peruncit RM795
Untung RM100
Harga kepada pengguna = RM895
Pengguna jimat RM6.

Jika peniaga sesuka hati menaikkan harga dengan alasan GST walhal mereka boleh menuntut semula cukai ini daripada JKD, mereka yang menganiayai pengguna dan bersikap tidak jujur. Tidak dinafikan faktor lain mempengaruhi harga barangan di pasaran. Pengurusan kos dan strategi meletakkan harga amat penting untuk anda mengekalkan atau meningkatkan penguasaan di pasaran.

Untuk pengguna, berbelanja dengan bijak dan jika kita mendapati peniaga mengutip cukai tanpa lesen yang sah, adukan kepada KPDNKK dan Jabatan Kastam.

Pengguna bijak tidak akan membenarkan peniaga sesuka hati menganiayai kita.

GST tidak dapat dielakkan kerana ia satu makenisme pungutan cukai yg efisyen yg diamalkan di lebih 16O negara didunia. Bertindaklah dengan apa yg boleh kita kawal, perbelanjaan dan penjimatan.
Sebagai penguna, kita ada hak mendapat nilai daripada apa yg kita bayar.
Dengan syarat, kita tahu apa yg kita mahu dan mampu mendapatkannya dengan nilai yg berbaloi.

* Disclaimer: Posting ini tidak ada kena mengena dengan politik. Ia sekadar panduan untuk para pengguna memahami tentang cara pengiraan GST yg bolih mengelirukan dan menyebabkan kerisauan serta gundah gulana kepada kita pengguna.

Friday, 22 May 2015

Melontar Jumroh Dibangunan Tabung Haji.

Melontar jumroh di Jamarot, Mina, dilakukan selepas melaksanakan wukuf di Arafah dan Muzdalifah Mabit. Melontar jumroh adalah salah satu daripada Haji wajib. Jemaah yg tidak menjalankan jumroh perlu membayar denda empangan atau seekor kambing. Jika tidak mampu, boleh diganti dengan fidyah 10 hari berpuasa.

Upacara Jumroh melambangkan ketahanan manusia terhadap godaan syaitan yg direjam dan orang2 berpaling dari perintah Allah. Jumroh bermakna yg melambungkan, ibadah untuk memperingati penolakan Nabi Ibrahim godaan syaitan supaya dia tidak menjalankan perintah Allah untuk menyembelih anaknya, Ismail.

Tiga kali syaitan tergoda Ibrahim dan tiga kali dia membaling batu sebagai satu penolakan. Di tiga tempat tugu kemudian dibina bernama jumroh Ula, Wustho, dan Aqobah di Mina berhampiran pintu pagar.

Jemaah biasanya bersedia untuk membaling batu2 apabila mereka mabit jumroh atau bermalam di Muzdalifah selepas wukuf di Arafah. Jumroh batu tidak perlu terlalu besar supaya tidak mencederakan jemaah lain dan saiz batu kelikir adalah kira2 saiz jari kita.

Teman terkejut dengan satu gurauan yg berbunyi ... memendekkan kerja haji tanpa kerja melontar batu jumroh. Lontar batu boleh dibuat sekembalinya ke tanah air dengan membaling batu di bangunan TH. Tapi kena ingat, jangan baling lebih2 sebab ada juga yg baik2 disitu, sambung tulisan itu lagi disatu blog yg teman jumpa.

Persoalannya adakah merosakkan bangunan TH sesuatu tindakan yg diharuskan? Sebagai orang Islam, adakah gurauan dalam kemarahan berkaitan ibadat ini wajar? Ituah antara kesan dari kemelut yg sedang melanda TH atas penglibatan dengan 1MDB itu.

Seorang sahabat bukan Islam bertanyakan teman, sama ada sudah mengeluarkan wang di dalam Lembaga Tabung Haji (TH). Katanya ramai yg berbuat demikian kerana bimbangkan pelaburan mereka di institusi itu.

Teman menjawabnya dengan menyatakan terima kasih kerana prihatin terhadap pendeposit seperti saya. Walaupun bukan Islam, nampaknya dia mengambil berat terhadap masalah rakannya sebagai orang Islam.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang juga bersuara mengenai TH ini, seolah2 satu penyelewengan besar sedang berlaku di TH. Mungkin disebabkan ia melibatkan orang ramai bukan hanya melibatkan anggota parti politik satu2 parti. Jika sekadar penyelewengan duit tabung parti politik, mungkin riuhnya tidak sehebat ini. Punca kemarahan hanyalah kerana TH melaburkan wang pendeposit di 1MDB. Sebelum ini pun banyak pelaburan yg dibuat oleh TH tanpa kita ketahui potensi untung rugi pelaburan itu, namun kokoknya tidaklah sehebat sekarang.

Teman memberitahunya, tidak akan mengeluarkan wang simpanan itu. Niat teman menyimpan hanyalah untuk menunaikan haji. Teman menyimpan untuk mencukupkan jumlah yg diperlukan. Walaupun menyimpan sejak remaja dan sudah mencukupi, teman tetap membiarkan wang itu kerana me­nunggu giliran yg entah bila akan tiba, entah masih hidup atau sudah meninggalkan dunia ini.

Simpanan itu adalah hasil titik peluh teman yg akan membantu ke Mekah dan Madinah bagi menunaikan ibadah haji, Rukun Islam yg ke lima. Bagi teman, tidak perlu mengeluarkan wang simpanan itu kerana niat asal menyimpan adalah bagi membolehkan ke Mekah. Jika ada dividen atau bonus, syukurlah. Pada masa yg sama TH diharap memberikan perkhidmatan haji yg terbaik. Jika mahu mengaut keuntungan yg lebih, eloklah melabur di tempat lain. Ada macam2 pelaburan yg diperkenalkan oleh pelbagai institusi.

Teman juga menjelaskan kepada rakan itu bahawa konsep simpanan di TH adalah berdasarkan konsep Wadi’ah Yad Dhamanah. Ia merupakan konsep simpanan di mana pendeposit menyimpan wangnya dan TH sebagai penjaga bersetuju untuk menjaga wang tersebut. Dalam kontrak ini, pendeposit telah memberi keizinan kepada TH untuk menggunakan/meminjam wang mereka bagi tujuan perniagaan, pelaburan dan sebagainya. Kesan daripada kebenaran ini, TH/kerajaan akan menjamin wang yg diletakkan di bawah jagaannya. Dari sudut keuntungan yg diperoleh, ia adalah milik penuh TH. Oleh itu, keuntungan yg diagihkan adalah menurut budi bicara TH termasuk juga memberi pulangan yg berlainan kepada para pendeposit.

Hari ini, banyak negara Islam meminta bantuan dan kepakaran kita bagi menubuhkan institusi yg serupa di negara mereka.

Seperkara lagi, tanggungjawab setiap kakitangan termasuk pengurusan kanan yg mengendalikan TH ini adalah amat besar. Ini soal amanah. Mereka bertanggungjawab menjaga amanah itu dan tidak ‘menzalimi’ pendeposit. Ingatlah pendeposit telah mengamanahkan wang mereka untuk disimpan di TH.

Amanah amat penting. Ia juga berkait rapat dengan ganjaran di dunia dan di akhirat. Mereka yg tidak amanah mungkin terlepas di dunia ini tetapi bagaimana di akhirat nanti? Ingatlah bukan mudah menguruskan wang umat Islam untuk tujuan yg baik itu. Sebagai orang Islam, kita harus yakin dengan mereka yg diberi amanah dan tanggungjawab ini. Tidak dinafikan di mana2 agensi ada berlaku kepincangan tetapi sama ada ia dalam skala besar atau kecil.

 Apa yg berlaku baru-baru ini mendapat perhatian banyak pihak kerana kesangsian berhubung urus niaga tanah 1MDB. Akhirnya ada pihak yang mengambil kesempatan menggesa pendeposit mengeluarkan wang mereka. Tidak pasti sejauh mana reaksi orang ramai berhubung gesaan itu. Adakah wang di TH sudah merosot? Itu hak pen­yimpan untuk menentukannya tetapi berfikirlah secara rasional.

Bagi yg sudah menunaikan haji mungkin boleh mengeluarkan wang mereka tetapi persoalannya ke mana mahu dilaburkan? Bagaimana pula yg belum mendapat giliran? Adakah mereka mengambil tindakan yg sama? Jangan jadi seperti marahkan nyamuk kelambu dibakar. Duit diambil tetapi habis sebelum sempat dipindahkan ke tempat lain. Bagi warga Lembah Kelang terutama di ibu negara, amat mudah untuk mengeluarkan wang di TH dan kemudian singgah di ibu pejabat Permodalan Nasional Berhad (PNB) yg terletak bersebelahan.

Eloklah bagi yg merajuk de­ngan TH ‘berhijrah’ ke PNB supaya pegangan ekuiti orang Melayu tidak terancam akibat isu ini. Kita bimbang ada pihak tertentu yg me­rancang untuk meruntuhkan pegangan ekonomi orang Melayu dalam institusi seperti TH ini. Sebelum ini PNB juga ‘diserang’ dengan pelbagai kenyataan yg mempertikaikan pelaburan oleh agensi itu.

Isu berkaitan berjaya diselesaikan dengan baik dan kembali meyakinkan pelabur. Bagi mereka yg tidak yakin dengan TH tidak perlulah mengajak orang lain ‘menyerbu’ TH. Amat malang apabila terdapat desakan dalam media sosial supaya pendeposit mengeluarkan simpanan mereka. Kenapa perlu dikeluarkan? Bagi pendeposit yg menyimpan jutaan ringgit mungkin ada kebimbangan tetapi bagi pendeposit yg hanya ada simpanan sekadar mampu menunaikan haji, eloklah berfikir dua kali. Rasanya pendeposit kecil ini tidak akan hilang simpanan mereka berdasarkan nilai pelaburan yg dimiliki oleh TH ketika ini.

Bagi TH pula, mereka perlu mengambil langkah proaktif membetulkan sebarang kepincangan di dalam pentadbiran dan penguru­sannya. TH perlu melakukan se­suatu bagi memulihkan keyakinan pendeposit dan ‘mematikan’ ke­re­­sahan mereka. Jangan biarkan mereka ‘memberontak’ sehingga menimbulkan masalah lain termasuk mengambil tindakan drastik secara kolektif terhadap institusi kewangan Islam itu.

Amat malang ada yg marah sehingga sanggup memperkecil atau memperlekehkan ibadah haji. Kawal sikit kemarahan itu. Tak perlulah mengajak mereka yg tidak dapat menunaikan ibadah haji de­ngan ‘melontar batu’ di bangunan TH bagi menghalau setan di sana. Bukankah giliran menunaikan haji mengikut kuota yg diluluskan?

Wednesday, 20 May 2015

LUPAKANLAH PERTELAGAHAN MAHATHIR DAN NAJIB !!!

Kepada semua ahli UMNO, PRU-14 dah semakin hampir . Kita patut mula berfikir ... sejauh manakah di masa sekarang penerimaan parti Umno di kalangan rakyat.

Jawablah dengan jujur ....

PRU-14 dah tak lama lagi .... !!!

Bolehkah parti Melayu ini survive di PRU akan datang ...?

Bolehkah Umno tawan semula dengan 2/3 majoriti dengan sokongan parti2 komponen lain ...

Atau kekal dengan keadaan sekarang ...
Atau sedikit merosot ...
Atau kalah teruk ...

PRU-14 dah tak lama lagi .... !!!

Ketua Cawangan mempunyai jawapan yg paling tepat ...
(UMNO mempunyai lebih 20 ribu cawangan seluruh negara dan paling rapat dengan akar umbi dan rakyat setempat).

Ketua Bahagian mempunyai jawapan yg hampir tepat ...
(UMNO mempunyai hampir 200 Ketua Bahagian).

PRU-14 dah tak lama lagi .... !!!

Segeralah buat analisa dengan telus ...

Jangan kita menipu diri sendiri ... Jangan kita mengampu pemimpin secara berlebihan ....

Biar kita menangis sekarang, jangan menangis akan datang ...

PRU-14 dah tak lama lagi .... !!!

Jangan dilayan sangat pertelagahan Tun Dr.Mahathir dan Najib Tun Razak itu ... Umno bukan milik mereka ...
Kalau mereka sendiri sudah tidak memikirkan parti, mengapa kita perlu memikirkan mereka ....

Kita harus sudah mula bekerja dari sekarang ...

PRU-14 dah tak lama lagi ...... !!!

Pakatan Rakyat (PR) pun dah berura2 nak menubukan kerajaan ... dah sampai peringkat buat Kabinet Bayangan .....

Kita masih tidur lagi ... masih bertelagah sesama sendiri ....

PRU-14 dah tak lama lagi ...... !!!

Sunday, 17 May 2015

Tiada rotan, pelempang pun berguna.

Pagi ni teman sempat ngeteh dengan Pak Kadiaq .... itu pun disebabkan teman ada hajat yg nak disampaikan pada Presiden parti ”Ikatan” itu. Teman pun tanpa buang masa terus straight to the point ...

”Sebenaqnya saya mai jumpa Pak Kadiaq ni pun ada hajat besaq Pak Kadiaq” .... kata teman, cuba menyusun kata2 sebaik mungkin.

”Hang tak payah cakap pun aku dah tau Jebat ... hang nak masuk parti aku kan?” .... kata Pak Kadiaq penuh konfiden.

Teman pun kompius juga ... mana lak si parpu ni tau hajat teman, jangan2 dia ni ada memakai kot ... kata teman dalam hati.

”Hang ni aku tengok memang blogger yg berbakat Jebat ... baguih .... baguih ... hang ada pendirian .... jangan kan Najib ... aku pun hang tibai rapat” .... laju aja Pak Kadiaq berbicara.

”Kalau hang masuk parti aku, hang bagitau aja, jawatan apa yg hang mau ... janji hang mau masuk aja .... sambung Pak Kadiaq lagi.

”Ok ... kalau lagu tu, kira dah settlelah hal kita ni ya Pak Kadiaq ... saya bukan nak jawatan yg besaq2 pun ... Pak Kadiaq lantik saya jadi Presiden aja pun dah cukup” ... kata teman dengan penuh hormat dan rendah diri.

”Musibat hang Jebat .... kalau dah hang nak jadi Presiden aku ni hang nak letak mama” ... tiba2 Pak Kadiaq melenting meninggi suara.

”Hang ni pun satu Jebat, kita kat sini tengah kelang-kelibut, hang mai buat lawak cempera hang pulak, ada ka patut” .... sambung Pak Kadiaq lagi.

”Nihhh ... aku nak bagitau hang Jebat ... hang jangan dok buat leceh noo ... hang tau dak parti Ikatan ni bakal jadi parti yg ulung dinegara kita ini tau .... silap2 bila Umno dah reban nanti ... Najib dengan Tun Mahadir pun mai nak join parti ni hang tau” ...

”Masa tu kan ... kan ... kan ... barulah aku tunju terer ... masa tu baru Tun Mahadir dan Najib tau siapa Kadiaq ... dulu sekupang lima duit pun depa tak pandang aku no” .... Pak Kadiaq berletiaq lagi.

”Macam ni lah Jebat ... hang lupakan ajalah hasrat murni hang nak jadi Presiden Ikatan tu Jebat ... hang jadi blogger aku aja dah cukup Jebat, kerja hang senang, bagi penaik aku aja .... semua nanti aku tanggung, Jangan kan kos sara hidup hang ... kos semua kekasih2 gelap hang tu pon aku tanggung beres” ... kata Pak Kadiaq.

Makkk aiii ... perkara ni memang sangat memalukan .... dan kemaluan teman pagi ni sangat2 lah besar ... macamana lah Pak Kadiaq pun sampai bolih tau lobang teman ni.

Jilake .... kalau teman tau nak kena semboq dengan Pak Kadiaq pagi buta ni ... tobat lahum teman tak akan datang ngeteh dengan Pak Kadiaq lagu ni. Teman lebih rela minum Kopi O dan makan meehon keras berdengkang digerai Milah janda sebelah surau tu ....

Walau pun teman selalu terpaksa kena minum kopi O aja, kerana gerai dia selalu kekurangan susu ... dan meehon dia masak selalu aja keras ... tapi penampilan dan suara lembut gedik ala2 Nora Danish dia tu dah cukup membuatkan peluh dingin teman keluar merecik ... kikiki ...

Kejayaan Tidak Datang Dengan Mudah !!!

Ini kisah seorang budak bernama Hameed yg tinggal disebuah kampung di Perak. Kesemua rakan2nya benci dengan kebodohannya terutama sekali guru kelasnya iaitu Cikgu Noraini. Guru kelasnya itu selalu memarahi Hameed dengan berkata “Cikgu dah tak tahu nak buat macam mana dengan awak ni Hameed”.

Pada suatu hari ibu Hameed datang kesekolah untuk melihat bagaimana keadaan Hameed di sekolah. Cikgu Noraini berterus-terang dengan ibu Hameed bahawa, sudah tidak dapat dilakukan apa2 usaha lagi terhadap anaknya yg jahat tahab gaban itu. 

Ibu Hameed kecewa dengan kenyataan tersebut lalu terus membawa Hameed keluar dari sekolah itu dan berpindah ke daerah lain.

25 tahun kemudian, Cikgu Noraini mengalami masalah jantung, dan ramai doktor mencadangkan dia ke pakar sakit jantung IJN untuk membuat pembedahan, dan hanya ada seorang doktor sahaja yg sangat pakar dengan pembedahan tersebut.

Cikgu Noraini tiada pilihan lalu bersetuju untuk melakukan pembedahan tersebut, dan dipendekkan cerita pembedahan tersebut berjaya.

Ketika dia membuka matanya, dia melihat ada seorang doktor yg kacak berada disampingnya merenung Cikgu Noraini sambil tersenyum. Cikgu Noraini masih lagi dalam keadaan lemah ingin mengucapkan terima kasih kepada doktor tersebut tetapi terlalu lemah untuk mengeluarkan suara.

Semasa mereka saling merenung antara satu sama lain, doktor muda itu mendapati muka Cikgu Noraini kelihatan lebam kebiru-biruan seakan lemas. Cikgu Noraini cuba mengangkat tangannya dengan keadaan yg bersusah payah untuk memberitahu sesuatu.

Doktor muda itu terkejut dan cuba memahami apa yg sedang Cikgu Noraini cuba bagitau, lalu doktor muda tersebut memandang ke belakang dan mendapati Hameed yg bekerja sebagai cleaner hospital telah mencabut plug alat bantuan pernafasan untuk meletakkan plug vakum cleaner dia…

Jika anda fikir Hameed adalah doktor muda tersebut, ini adalah kerana anda terlalu banyak berangan dan menonton filem2 Hindustan .... Moral of the story, tiada perkara yg bolih didapati dengan mudah dalam hidup ini melainkan dengan usaha yg gigih … hik hik hik ...

Selamat Hari Guru ... !!!

Kerbau sama Kerbau berjuang, pelanduk mati di tengah2.

Pepatah sebenarnya menceritakan mengenai gajah sama gajah berjuang .... tapi ada sebab teman tukar kepada kerbau .... lu pikirlah sendiri ...

Namun kali ni teman bukan nak cerita pasal kerbau ... tetapi pasal blogger dan facebooker yg berotak kerbau.

Kabornya perbalahan kedua2 pemimpin tertinggi Umno ini, dah melarat kebawah sampai keperingkat blogger dan facebooker penyokong2 kedua2 belah pihak ... yg pasti mereka tu penyokong2 Umno lah tu ...

Ada tu yg dulu kamcing, selalu ngeteh dan makan semeja, dah mula renggang, yg dulu rajin bertegur sapa didunia maya pun dah mula sentap tarik muka 14 ...

Ada tu lagi parah ... teman dengor sampai dah ada yg blok membelok, delete mendelete unfriend bagai ....

Nihhh teman nak tanya .... mengkome ni berpolitik selama ni menyokong parti ke menyokong orang .... kome sokong atau tentang salah sorang dari mereka tu bermakna kome merosakkan partilah ngok ... kerana kedua2nya adalah pemimpin Umno sendiri .....

 Itu pun korang tak bolih nak pikir ke .... adoiaiiii .... lemau ... !!!

Tuesday, 12 May 2015

Ada Kilat Dalam Kilau - Apakah Najib Mahu MemBugis1Malaysiakan Umno

Dalam ucapannya diSabah semalam, Dato Seri Najib Tun Razak sekali lagi mengungkapkan falsafah Bugis yg berbunyi ‘Kendati tergantung awan di langit. Telah terlanjur ku bentang layar. Walau badai datang menggunung. Walau berdentum guruh di langit, walau bumi berkeping dua, tak kan mungkin ku berbalik haluan’.

Beliau memberitahu rakyat Kota Belud dan Tawau, bahawa beliau tidak akan mengalah atas desakan Tun Dr Mahathir agar beliau meletakan jawatan, atas sebab beliau dipilih secara demokrasi oleh ahli parti dan rakyat melalui pilihanraya.

Di depan rakyat Tawau yg turut dihadiri oleh Ketua Menteri Sabah dalam perhimpunan Soladiriti Bersama Perdana Menteri itu, Najib juga berkata bahawa beliau tidak akan tunduk kepada desakan hanya oleh satu suara, dengan mengenepikan gema suara ribuan rakyat.

Jelaslah ribuan yg dimaksudkan olih Najib itu adalah merujuk kepada rakyat Sabah yg datang menyambut beliau hari itu, terutama orang2 Bugis yg diketahui banyak bertebaran dibumi Sabah.

Nampaknya diSabah, Najib tidak keseorangan, kerana Ketua Menteri Sabah telah menyatakan akan terus menyokong Perdana Menteri, disebabkan Sabah merasa terhutang budi kepada Najib. Musa menzahirkan sokongan itu melalui sebentuk pantun "Ada ubi ada batas, Ada budi ada balas".

Menurut Musa, sejak negara ditubuhkan pada tahun 1963, tidak pernah enam menteri penuh dan 4 timbalan menteri dilantik daripada Sabah, dan yg paling istimewanya, jawatan2 menteri itu adalah menteri kanan dan penting. Selain menteri, juga Speaker dan timbalan speaker dewan rakyat adalah daripada Sabah.

Adalah sesuatu yg amat janggal dan menyedihkan, bilamana dihari menjelang Sambutan Ulang Tahun ke-69 Penubuhan Umno itu, Najib dan Musa Aman lebih selesa bercakap mengenai Bugis dan orang2 Sabah serta meminggirkan Meayu yg sememangnya sinonim dengan perjuangan Umno.

Sesungguhnya ini memang amat jauh berbeza jika mahu dibandingkan dengan perjuangan Tun Dr Mahathir, yg tidak lekang menyebut tentang perjuangan bangsa Melayu dalam setiap ucapannya. 

Apa akan jadi sekiranya semakin ramai para pemimpin2 Umno mula bersikap demikian. Khairy Jamaluddin akan membawa pepatah orang2 Minang, Zahid Hamidi akan membawa keluar pula kuda kepang jawanya, dan Tun sendiri silap2 akan mengeluarkan pepatah mamaknya ... tak pastilah pula teman, ada ke tidak pepatah mamak....

Apakah ini suatu tanda2 jelas akan pupusnya perjuangan untuk memertabatkan bangsa Melayu yg diwarisi Umno sejak 1946 dulu, sepertimana yg dizahirkan olih pengasas UMNO yg berkumpul di Johor Baru dulu ... bersemangat untuk menyelamatkan bangsa Melayu dari kehilangan bangsa mereka, dari kehilangan tanahair mereka, dari menjadi rakyat sebuah tanah jajahan British.

Kini Umno kelihatannya semakin kurang berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair. UMNO ternampak dan memang pun benar, berjuang untuk kepentingan orang2 tertentu dalamnya dan ahli2nya sahaja. UMNO berjuang untuk jawatan dan pangkat, untuk memperkayakan diri, untuk sagu hati, untuk poket dan tembolok sendiri.

Mungkin kerana itulah sekarang UMNO tidak lagi dipandang tinggi dan tidak lagi disokong seperti dahulu. Sesungguhnya ramai orang Melayu meluat dengan UMNO, anggapnya tidak lagi relevan dan perlu ditolak pun.

. Untuk ini mereka berusaha mengurangkan kemungkinan diri mereka dicabar, kurangkan kemungkinan diganti oleh sesiapa yg lebih layak. UMNO adalah hak ahlinya, hak pemimpinnya yg sedia ada dan bukan hak orang Melayu.

Setelah mereka mendapat tempat jangan benar orang Melayu lain, terutama yg memiliki kebolehan tertentu, menyertai UMNO. UMNO adalah untuk pemimpin dan ahli semasa, dari ketua cawangan kepada ketua bahagian. UMNO tidak perlu tambahan ahli, tidak perlu penyertaan sesiapa lagi kerana ahli yg sedia ada perlu memelihara habuan mereka. Jika terlalu banyak ahli, habuan perlu dikongsi. Dan habuan yg dikongsi tentulah tidak sebanyak sebelum berkongsi.

Percayalah, jika Umno tidak berubah, tidak mahu berubah, dan tidak memahami apa itu perjuangan ... dalam masa yg hanya tinggal sedikit ini ... tidak mustahil orang Melayu akan hilang kuasa, hilang hak dibumi mereka sendiri ... dan Umno akan menjadi penyebabnya.

Friday, 8 May 2015

KRISIS PUCUK PIMPINAN UMNO - NAMPAKNYA NAJIB PERLU DIJULANG SEKALI LAGI !!!

Perpecahan dalam pucuk pimpinan UMNO yg akan memaksa suatu perubahan besar sudah mula terbayang malam ini apabila suatu berita dari Italy mengatakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddn Yassin secara terus terang mengkritik kerajaan dalam pengurusan skandal 1MDB.

Menurut Malaysiakini Muhyiddin yg kini berada di Milan memberitahu pemberita -pemberita Malaysia yg mengikutinya bahawa isu ini sangat serious dan boleh meledak bila -bila masa.

Malah beliau berkata isu tanggungan hutang besar 1MDB menjadi fakta utama yg menyebabkan kekalahan BN di Permatang Pauh.

Kritikan yg dibuat oleh beliau dalam keadaan Tabung Haji dikecam kerana terlibat dengan pembelian tanah dari IMDB telah disertai oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin, Pemuda UMNO Johor, bekas menteri Datuk Saifuddin Abdullah dan dan juga beberapa orang pemimpin UMNO lagi yg mengesyaki ada sesuatu yg tidak kena dalam langkah pembelian tanah IMBD oleh Tabung Haji.

Khairy Jamaluddin berkata ada konflik kepentingan dalam pembelian itu kerana ketua pegawai eksekutif TH Tan Sri Ismee Ismail juga merupakan ahli lembaga IMDB.

Keadaan ini diburukan lagi oleh kenyataan Mantan Perdana Menteri Dr.Mahathir bahawa pembelian itu adalah langkah untuk menyelamatkan IMBD (Bailout).

Dalam keadaaan menghadapi tekanan yg semakin berat ini, Perdana Menteri Najib Razak hari ini mengadakan pertemuan dengan timbalan-timbalan Ketua UMNO Bahagian dari seluruh negara untuk mendapatkan sokongan mereka menerusi penjelasannya secara langsung mengenai isu-isu penting semasa.

Ini dilihat sebagai usaha terakhir Najib untuk mengekalkan kedudukannya tetapi kenyataan serentak yg dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin di luar negara dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin dan beberapa lagi pemimpin UMNO dilihat sebagai suatu gerakan terancang.

Susana sebenar akan terserlah dalam sehari dua lagi apabila semakin ramai Ketua-Ketua UMNO yg mungkin akan bersuara senada dengan Muhiyddin.

Stand-by ! .... nampaknya para pecacai dan pengampu perlu menjulang Najib sekali lagi, bagi meyakinkan rakyat dan menyedapkan hati Najib sendiri .... kerana itulah politik cari makan ...

Parti dan negara nak melingkop ke ... Tabung Haji nak bankrup ke .... pergilah mabuk, yg penting tembolok masing-masing mesti diselamatkan .... !

Thursday, 7 May 2015

Pengundi Kita Bermental Kelas Tiga?

PRK Permatang Pauh sudah pun selesai. Wan Azizah, wanita yang berusia 63 tahun itu telah sah kembali menjadi Ahli Parlimen PR Permatang Pauh.

Yang menang sudah pun menang, sementara yang kalah terpaksa menerima hakikat kekalahan, kerana itulah pilihan yang dibuat para pengundi setempat.

Namun trend pengundi-pengundi di negara kita ini masih jauh jika mahu dibandingkan dengan daya berfikir pengundi-pengundi di negara-negara maju.

Walaupun kita juga sudah mula berjinak-jinak dan mempraktikkan forum dan debat dikalangan ahli-ahli politik kita, namun debat kita rata-rata menjurus kepada mencari salah dan keburukan lawan. Amat jarang pendebat-pendebat kita memfokuskan persoalan perancangan dan hala-tuju perjuangan.

Begitu jugalah dalam memilih calun wakil rakyat atau wakil parlimen, para pengundi kita amat jarang menggunakan ukuran kemampuan dan hala-tuju perjuangan calun yang mereka pilih.

Kelihatannya para pengundi kita masih lagi terikat dengan faktor kekitaan, simpati dan tidak kurang juga pemilihan atas dasar fanatik kepartian, tanpa mengambil kira kemampuan serta harapan dalam hal-hal yang disebutkan tadi.

Sebagai contoh, kehadiran Wan Azizah kali ini berbekalkan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang di Selangor, sesuatu yang jarang berlaku atau mungkin tidak pernah berlaku. Bekas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim juga pernah memegang dua jawatan sebagai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur dan ADUN Pelabuhan Klang di Selangor.

Menteri Besar Selangor sekarang, Azmin Ali juga menjadi Ahli Parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa di Selangor. Lim Guan Eng juga ada dua jawatan iaitu sebagai Ahli Parlimen Bagan di Seberang Perai dan ADUN Air Puteh di sebelah pulau.

Bagi Azmin dan Guan Eng, dua kerusi mereka masih di negeri yang sama tetapi apa yang mahu diper­kenalkan Presiden PKR kali ini agak pelik, iaitu sebelah kaki di Selangor dan sebelah lagi di Pulau Pinang.

Persoalannya, mampukah Wan Azizah melaksanakan tanggungjawab ini secara serentak? Siapa pun akan mengaku ‘boleh’ sebelum mendapat sesuatu tetapi selepas mendapatkannya apa yang akan berlaku?
Khabarnya Guan Eng sanggup membantu menjaga Permatang Pauh dan Azmin pula menghulurkan bantuan di Kajang. Kenapa perlu ada wa­kil membantu? Kenapa tidak diberikan tanggungjawab itu kepada orang yang sedia berkhidmat sepenuh masa?

Bukankah akan le­bih mudah mempunyai wakil rakyat yang tinggal di kawasan berkenaan, mudah ditemui dan mudah turun padang menemui pengundi. Pertimbangan ini lah yang tidak dinilai olih para pengundi Permatang Pauh sebelum membuat pilihan. Atau pun memang sudah tertanam didalam pemikiran mereka, bahawa apa pun alasannya, Wan Azizah tetap pilihan mereka atas sebab-sebab yang hanya mereka sahaja yang tahu.

Namun tidak terfikirkah mereka, tanggungjawab berat yang sedang dipikul olih Wan Azizah sekarang? Dialah sang isteri yang sedang berjuang untuk terus membebaskan suaminya, dia juga yang mahu menjaga PKR, dia juga mahu menjaga hubungan pakatan DAP-Pas-PKR, dialah juga yang mahu bekerja di Kajang disamping menjaga cucu-cucunya. Cukup berat tanggungjawab yang ada pada wanita warga emas ini.

Apakah ada kuasa hikmat yang membolehkan beliau menunaikan amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan kepadanya itu? Sepatutnya para pengundi boleh menunjukkan simpati dengan ‘menolak’ Wan Azizah. Tujuannya bagi meringankan beban yang sedang ditanggung. Namun jelas itu tidak ada didalam pemikiran para pengundi-pengundi dinegara kita ini.

Sikap totok kekitaan atau pun simpati membabi-buta masih lagi menebal didalam diri para pengundi-pengundi kita, walau pun kita sedang dalam proses menuju kearah menjadi sebuah negara maju.

Justeru peluang bagi melakukan transformasi terbuang begitu saja, disebabkan mereka sendiri tidak mahu melakukan transformasi minda mereka yang sedang berada ditakuk lama seperti itu.

#PRKPermatangPauh - Kata2 Tun Terbukti Ada Benarnya

Siapa sangka, cempedak akhirnya jadi nangka. Guruh saja berdentum2, namun hujan setitik pun tak turun. Wan Azizah yg dikatakan akan kalah, masih mampu menang dengan majoriti 9 ribu lebih undi.

Dikatakan, PAS akan memboikot PRK Permatang Pauh....
Realitinya, PAS U-Turn pada saat-saat akhir dan Wan Azizah serta PKR tetap menang dengan majoriti selesa, sama seperti BN menang di Rompin dengan majoriti selesa biarpun ramai pengundi tidak keluar mengundi.

Dikatakan, Pakatan Rakyat berantakan di Permatang Pauh...
Realitinya, secara luaran mereka berantakan tetapi dalaman tetap bersatu hati dna bersatu padu biarpun mimpi lain-lain.

Dikatakan, Wan Azizah dan keluarganya tidak lagi mendapat tempat di Permatang Pauh....
Realitinya, sesiapa pun dari kalangan keluarga Anwar Ibrahim diletakkan di Permatang Pauh, tanpa perlu berkempen pun, mereka akan menang dengan majoriti besar kerana imej Anwar Ibrahim sekeluarga telah dipublisitikan sebagai Islamik, bersih dan jujur semenjak dari awal lagi.

Dikatakan, ada angin perubahan di Permatang Pauh...
Realitinya, Saluran 3, 4 dan 5 langsung tidak memihak kepada UMNO-BN walaupun di beberapa peti undi majoriti Cina, Barisan Nasional berjaya menukar kekalahan sebelum ini kepada kemenangan.

Dikatakan, gelombang anak muda semakin meninggalkan PKR dan Wan Azizah...
Realitinya, walau sebaik mana pun calon yang ditampilkan oleh BN di Permatang Pauh, anak muda tetap akan menolaknya dan lebih memilih yang bukan UMNO-BN.

Realiti dan hakikatnya, UMNO hanya ada tiga tahun untuk bekerja keras. Dua PRK iaitu Rompin dan Permatang Pauh adalah bukti, terlalu banyak kelemahan yang tidak diambil peduli dan diberatkan.

Walau sesiapa pun yang dipersalahkan dalam post-mortem nanti, yang pasti, kelemahan-kelemahan ini yang akan terus menghantui sekiranya tidak diatasi sebaik-baik mungkin !!!

Nampaknya kata-kata Tun itu memang ada benarnya .... BN mungkin akan kalah dalam PRU-14 nanti, disebabkan terlalu banyak pekung dan nanah yg ada didalam kerajaan yg memerintah sekarang.

1MDB cuma mungkin sebahagian dari sebabnya, namun Tun Mahathir juga mempertikai dasar pemerintahan Najib yg banyak membazirkan wang negara selain dilihat sering menimbulkan kemarahan orang2 Melayu.
Dasar itu sekali gus dilihat mengenepikan Dasar Ekonomi Baru dalam usaha mendapatkan sokongan orang Cina.

Memang amat mengecewakan, UBN masih tidak mampu menang walaupun keluar dengan manifesto yg pelbagai, sedangkan PR turun santai, tanpa sebarang manifesto.

Adalah amat mendukacitakan, UBN masih kalah dalam keadaan parti komponen yg cukup mantab, sedangkan ketika ini PR diketahui sedang hangat berperang sesama mereka.

Dan amat memalukan juga, UBN masih tidak mampu menang dengan diwakili calun muda yg bertenaga, melawan calun recycle tua yg suaminya dalam kedudukan moral yg amat rendah, sedang merengkuk dipenjara Sungai Buluh kerana kesalahan meliwat.

Jelaslah, proses pembersihan Umno memang perlu segera dilakukan. Selain untuk menjadikan parti itu lebih kuat, juga untuk membuang serta merawat pekung dan nanah yg sudah bersarang dalam parti.

Jika ditanya, apakah kriteria pemimpin baru yg patut menjadi barisan tertinggi parti ini. Jawabnya mudah, tidak kisah siapa yg akan naik, namun orang itu harus merupakan seorang yg dapat meneruskan kesinambungan UMNO sebagai parti terkuat negara.

Walaupun ketua2 Umno sokong dan terima dengan puas hati penerangan yg dibuat Najib tempuhari, namun belum tentu rakyat juga menerimanya dengan senang hati. Dan jika Umno ditolak, sokongan kepada presiden oleh pemimpin bahagian Umno pun tidak lagi bermakna

Ingatlah, undi orang Umno sahaja tidak cukup untuk menang pilihan raya, apa lagi Umno kini sedang diambang perpecahan.

Sama seperti Tun Dr Mahathir, rakyat turut bimbang jika perkara ini tidak dilakukan secepat mungkin, Barisan Nasional (BN) mungkin akan kalah dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Isu yg dibangkitkan oleh Dr Mahathir ini tidak boleh diabaikan kerana ia perkara penting untuk survival agama bangsa.

Monday, 4 May 2015

Ghairah Forward - Antara Realiti Dan Fantasi


Bagi anda yang mempunyai applikasi WhatsApp ditelefon bimbit anda, pastinya sejak kebelakangan ini, banyak isu ‘menarik’ yang masuk ke telefon pintar anda itu.
Begitu juga melalui laman sosial lain seperti Facebook dan khidmat pesanan ringkas (SMS). Hebahan atau ‘maklumat’ itu bukan sahaja datang dalam bentuk teks tetapi juga gambar, video, lagu, kartun, grafik dan macam-macam lagi. Kadang-kadang kreativiti mereka berjaya menjadikan sesuatu isu itu bahan jenaka dan hiburan.

Begitulah kemudahan dalam era teknologi maklumat ini. Semua perkara yang menyentuh isu peribadi, keluarga, pejabat, masyarakat, pemimpin sehinggalah kepada sesebuah kerajaan dapat disebarkan dalam masa yang singkat. Betul atau salah perkara No.2. Tidak dinafikan ada sesetengahnya memang benar, boleh diterima tetapi ada juga umpama `sampah’. Kebenarannya masih boleh dipertikai kerana ia lebih berunsur fitnah, menyebar berita palsu, tanggapan atau persepsi negatif. Itu berkaitan dengan peribadi.

Paling menakutkan ialah berkaitan agama. Ada sesetengahnya menyebarkan sesuatu perkara yang sebenarnya berkait dengan hadis palsu serta khurafat. Bayangkan jika kita tidak pintar untuk menapis kebenaran dan kepalsuan berita atau laporan yang dikirimkan, terus ‘hadam’ semuanya. Biasanya ketaksuban politik menyebabkan seseorang itu akan mudah menerima berbanding mereka yang tidak mempunyai kepentingan politik akan memikirkannya terlebih dahulu sebelum memberi komen.

Orang yang menyokong satu-satu pihak tentunya pantas memberi reaksi mempertahankan hujah masing-masing. Lebih malang apabila kita menjadi generasi forward, menjadi antara pelapor pertama sampai ke grup yang dianggotai. Akhirnya apabila berita itu palsu, ia bertukar menjadi fitnah. Adakah ketika itu kita sudah menjadi salah seorang penyebar fitnah? Jika orang yang kita fitnah itu mahu mengambil tindakan undang-undang, mungkin masih dikira baik kerana paling tidak kita sudah dihadapkan di ‘mahkamah dunia’, terimalah hukuman dijel atau denda.

Bagaimana pula jika orang yang difitnah itu tidak mahu memaafkan kita atau kita tidak mampu atau tidak sempat meminta maaf ? Apa kata selepas menyebarkan berita palsu, beberapa minit kemudian anda dijemput menemui Ilahi? Memang seronok jika kita menjadi pelapor utama mengenai sesuatu perkara. Orang akan puji dan berterima kasih kepada kita. Jika perkara yang betul, boleh dijadikan panduan atau amalan tentulah boleh dibanggakan tetapi bagaimana pula dengan berita palsu yang boleh mencetuskan kekeliruan, mencemaskan, menimbulkan permusuhan atau persengketaan?

Bagi kita yang mengaku sebagai orang Islam, adakah kata-kata yang dizahirkan dalam bentuk WhatsApp tidak diketahui oleh Allah SWT. Kata-kata kita itu pula dipinjam oleh grup lain dan terus menyebarkannya. Jika ia sesuatu yang baik, mungkin kita akan mendapat ganjaran dan menikmati pahalanya sehingga ke akhir hayat tetapi bagaimana jika perkara tidak baik? Justeru, fikirlah sebelum buat.Baca dulu apa yang kita terima, semak kesahihan dan fakta yang berkaitan. Setelah mendapat kepastian barulah kita sebar dan berkongsi dengan grup atau rakan-rakan lain.

Jika telefon pintar itu lebih pintar kerana teknologiya, manusia pula perlu lebih pintar menganalisis kebenaran dan keburukan perkhabaran yang kita terima. Jangan kita telan dan hadam semuanya. Janganlah disebabkan kemudahan WhatsApp ini kita begitu mudah terjerumus dalam sifat-sifat sombong, dengki, takbur, mengumpat dan menyebar fitnah.

Amat malang sekali, sembang WhatsApp ini telah membuat diri terjerumus dalam fitnah tanpa ditegur oleh rakan-rakan dalam grup kerana bimbang atau tidak yakin teguran itu dapat diterima. Lebih-lebih lagi grup yang mempunyai golongan bergelar ustaz, cerdik pandai dan terpelajar yang sepatutnya lebih layak menegur hanya diam malahan tumpang semangkuk memberi komen tanpa usul periksa berdasarkan andaian dan dengar cakap. Tidak dinafikan sesetengah kiriman itu ada kebenarannya, atau samar-samar. Kiriman itu hanya bertukar menjadi fitnah atau mengumpat akibat komen atau ulasan ibarat ‘nasi tambah’ .

Apakah kita yang menegur ini semuanya baik belaka? Tidak pernah melakukan kesilapan? Tegur dan kritiklah tetapi jangan sampai bertukar menjadi fitnah dan umpat mengumpat. Jagalah lidah dan tangan kita. Awasi tangan daripada mengirim kata-kata yang tidak berfaedah berbentuk mengumpat, memfitnah dan mengaibkan. Ingatlah fitnah boleh menimbulkan permusuhan dan persengketaan. Jangan kita menghalalkan segala perbuatan atas alasan mahu menegur dan mengkritik. Susahnya bagi orang kita, kebanyakannya hanya menyedari yang haram itu sekadar babi dan arak sedangkan banyak perbuatan lain tanpa disedari adalah haram.

Sunday, 3 May 2015

Sindrom " Kekurangan Zat Besi !!! "

Ini sebuah kisah benar ... ditahun2 7Oan dulu pun pernah terjadi perkara yg sama dikampung teman di Teluk Ensen (Teluk Intan kata orang sekarang).

Teman masih ingat lagi, ada seorang makcik gila, namanya Timah Lawa. Walaupun dah agak berusia, tapi makcik Timah Lawa ni memang cantik, mungkin pasal tu lah agaknya orang panggil dia Timah Lawa .

Kabornya makcik Timah Lawa ni jadi gila disebabkan suaminya, yg kerap keluar masuk penjara kerana dikatakan suami nya tu tersangatlah jahat ... jahat ala2 Sarip Dol Gangster Kg. Dusun tu lah ...

Dek kerana dia gila, maka kerja dia hari2 dok menyakat budak2 kampung. Apa idaknya ... budak2 tengah main bola terganggu gara2 makcik ni dok bertelanjang sama2 masuk padang main bola ...

Besepah hutan simpan dia Yob ... kot muda lagi ok lah juga, ini dah masuk bangka. Budak main takraw habis bertempiaran lari, gara makcik ni sibuk masuk court memanjat net takraw. Budak2 tengah main buaian pulak, habis terpekik-terolong bila makcik ni datang dan menghayun buaian budak2 tu sekuat hatinya. Ater ... tak ke haru kampung dibuatnya yong ... !

Satu hari, nak dijadikan cerita .... entah apa majalnya ... dengor kabor makcik ni dah kena rogol dek India mabuk. Teman tak pasti le pulak, India tu mabuk todi ke atau mabuk kan benda alah sekeping tu ... pokoknya mabuk lah ceritanya.

Selepas kejadian makcik ni kena rogol, maka tak semena2 aman lah sikit kampung teman tu. Apa idak nya, sejak kena rogol tu makcik Timah Lawa dah tak keluar mengacau bebudak kampung lagi. Entah trauma atau entah dah pulih, tak tau le teman ... tapi kabornya dah ok lah sikit.

Bila makcik Timah Lawa ni dah tak meroyan lagi ... nak dijadikan cerita, adalah seorang pakcik pencen askar lak yg berkenan nak menyunting makcik Timah Lawa ni jadi bini dia. Ater ... jangan lak kome kompius dengan cerita teman ni ... masa tu makcik Timah Lawa ni dah pon bercerai dengan laki dia yg dok asyik keluar masuk penjara macam Bang Non tu. Maka akhirnya berkahwinlah mereka ... pak pong .... pak pong bunyi kompang.

Unsangkarable ... lepas kahwin dengan pakcik askar tu Yob ... baik terus lak gila makcik Timah Lawa tu. Ish ... ishh ... ishhh, pandai bebenor lak pakcik tu mengubatkannya yek ... Sampai lah kedua2nya mati, teman dengor deme tu sempat lak dapat 2 orang anak lagi.

Masa tu teman kecik2 lagi ... teman dengor heboh satu kampung orang bercerita, rope2nya makcik Timah Lawa tu jadi gila pasei "Kekurang Zat Besi." Buktinya bila dah kahwin, elok terus gila makcik tu ... itulah kata orang2 kampung teman.

Sampai ke besar teman tak paham apa dia sindrom penyakit "Kekurang Zat Besi" ni. Sekarang baru le teman paham .... Mintak2 janganlah calun Ahli Parlimen Permatang Pauh PKR tu mengalami sindrom yg sama .... tumpo Yong oiii ..... kikiki ...

Friday, 1 May 2015

GEMPAR !!! - ORANG BUTA DIRAGUT KERANA GST !!!

Teman tak pasti pulak, kalau golongan OKU cacat penglihatan atau yang disebut orang-orang buta ini juga amat mudah dijangkiti sindrom ’Buta Perut’.

Namun begitulah hakikatnya pada penglihatan kami, apabila bertemu sekumpulan 20 orang buta dari Solidariti Orang Buta Malaysia yang turut muncul dalam himpunan anti-GST diKLCC siang tadi.

Mereka merungut perlaksanaan GST telah menyusahkan orang buta kerana semakin banyak orang buta diragut oleh perompak.

"GST menyebabkan orang semakin miskin, maka kami dijadikan sasaran peragut."

"Mereka mula-mula datang buat baik dengan kita kemudian dompet kita diragutnya."

"Kami pergi membuat laporan polis tetapi polis mahu kita cam muka peragut. Kami buta macam mana nak lukis muka peragut?" kata Fadil, 42 yang hanya menjalankan perniagaan kecil sendiri.

Dia turut merungut, perlaksanaan GST telah menyebabkan barang dan peralatan orang buta semakin mahal.

"Malah, Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) turut kenakan GST pada kita," katanya dengan nada marah.

Kesian !!!.... nampaknya bukan hanya rakyat biasa, malah orang-orang buta juga telah menjadi mangsa hasutan Pakatan Rakyat, yang sentiasa mencari segala ruang dan peluang yang ada bagi memburuk-burukkan kerajaan.

Hakikatnya, kalau pun orang-orang buta ini memang pernah diragut, perbuatan jenayah sengkek ini selaunya dilakukan olih penagih-penagih dadah yang sememangnya mencari duit dengan jalan pintas.

PDRM sendiri dari masa-kesemasa, telah berulang-kali menasihatkan masyarakat supaya lebih berhati-hati dengan modus-operandi jenayah yang sebegini.