Saturday, 11 July 2015

Najib Tidak Akan Jatuh Kerana 1MDB

Percayalah, usaha untuk menjatuhkan Najib tidak akan berhasil. Apa lagi kalau usaha itu hendak dibuat menerusi undi tidak percaya menerusi parlimen, ia amat sukar untuk menjadi kenyataan.

Jika dilihat kepada kedudukan Umno hari ini, ia semuanya dikuasai oleh orang-orang Najib.
Najib telah mengikat orang-orang itu agar menjadi penyokong dengan mengikat mereka dengan pelbagai isu peribadi dan juga pemberian projek berjuta-juta ringgit.

Hari ini ketua-ketua Umno atau ahli parlimen memperolehi pendapatan sampai RM50 ribu sebulan, malahan setengahnya ratus juta... jadi dengan kedudukan itu sukar untuk mereka meninggalkan Najib sebab politik Umno ialah politik perut.

Sebagai membuktikan yang kedudukan Najib masih kuat ialah bila dilihat kepada pertemuan yang diadakan untuk menyatakan sokongan kepada Najib pada 8 Mac lalu. Najib jelas dijulang olih para pengampu bukan kerana diri Najib itu sendiri, tetapi kerana perut.

Mereka yang hadir itu walaupun bukan seratus peratus orang Najib, tetapi orang yang sebelum ini merupakan penyokong Mahathir juga hadir sama. Atas dasar itu, rasanya amat sukar untuk Najib dijatuhkan.

Mengenai 1MDB yang dikatakan akan menjadi katalis kepada kejatuhan Najib, percayalah 1MDB tidak akan memberi kesan kepada kedudukan Najib kerana rakyat bawahan tidak tahu apa itu 1MDB.

Rakyat tidak tahu apa isu sebenar 1MDB, dan mereka tidak peduli pun apabila sesekali mereka diberikan wang seperti BR1M dan sebagainya.

Ironinya teman rasa kemarahan Mahathir kepada Najib bukan sangat kerana 1MDB sebab dia sendiri juga menghabiskan wang negara berbillion ringgit menerusi berbagai projek meganya seperti Proton, Hidro Bakun di Sarawak, Perwaja di Terengganu dan sebagainya. Apa yang Mahathir tidak tahan dan marah ialah kerana sikap Rosmah.

  Najib hanya boleh dijatuhkan menerusi secara pilihan raya, kerana kalau diharap orang-orang akan menjatuhkannya ia sesuatu yang mustahil .... ia disebabkan angkara perut tadi ....

No comments:

Post a Comment