Ramai yg bertanya, mengenai pendirian Jebat dalam isu pergeseran Tun dan Najib Tun Razak. Teman dah pun beri penjelasan, teman bukan penulis upahan, teman cuma blogger dan pengkritik politik bebas. Justeru seperti mana teman menghormati pendirian tuan2 ... tuan2 juga perlu menghormati pendirian teman.
Ramai juga blogger2 rebung yg masih hijau beranggapan, apabila kita membuat teguran terhadap pemerintah, khususnya kepada Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak, dianggap persekongkolan dengan
(Tun) Dr Mahathir Mohamad.
Dalam menulis blog dan di Facebook ini, teman
tidak diupah atau ditaja oleh sesiapa. Sebaliknya teman keluarkan duit sendiri dan guna
masa sendiri. Awal dan akhir, teman adalah penulis bebas. Biarpun ada yg menghentam, ada yg tak sehaluan, teman beranggapan itu asam garam kehidupan, teman tidak pernah merajuk, tidak pernah sentap dan tidak pernah
tutup blog teman.
Teman menulis dimasa lapang, mentelaah, mencanai dan membuat rumusan sendiri diatas scenario politik negara. Tidak seperti sesetengah blogger berbayar ombak biru, atau tentera kacang merah, teman tidak tergoda dengan politik dan tidak terpaksa mengampu untuk terus cari makan dalam penulisan.
Kerana itu teman bolih suka2 menulis pasal kekasih gelap, cerita2 durian musang king atau pun cerita2 romantis Malam Jumaat Keliwon. Tidak
adalah apa2 yg boleh menyebabkan teman dalam dilema, serba salah dan gusar
apabila menulis mengenai politik dan orang2 politik.
Tak dinafikan, memang ada blogger dan facebooker yg memilih untuk menjadi makhluk dua alam, yg melompat sana sini antara parti dan sponsor demi surviva periuk nasi. Itu hak dan pilihan mereka. Teman memilih untuk
kekal sebagai seorangyg bebas.
Berkenaan perang konfrontasi yg
melibatkan Tun Dr Mahathir dan Najib Tun Razak, teman tak pernah rasa terseret dan terpalit, pendapat teman mudah:
Perdana Menteri tidak menyangka
bahawa dua orang penjaga (guardians) politiknya - Dr Mahathir dan Tun Daim – boleh
menjadi begitu kritikal terhadap beliau sebagai Perdana Menteri, Menteri
Kewangan, suami dan presiden parti.
Pada mulanya beliau menggunakan
taktik berdiam diri ala "elegant silence" (Tun) Abdullah Ahmad Badawi,
disusuli dengan berjumpa sendiri dengan Dr Mahathir dan Daim. Tetapi
tindakan susulan
beliau tidak meyakinkan kedua2 orang lama itu dan mereka terus
bersuara.
Daripada taktik pertahan diri,
Mohd Najib dan pakar2 perang sarafnya berpindah kepada taktik serangan
dengan melantik Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, sebagai
protagonis utama.
Premis mereka adalah ancaman
terdekat terhadap Mohd Najib ialah Dr Mahathir dan Daim. Dua
orang veteran itu boleh menggugat kedudukan Mohd Najib sebagai Perdana Menteri
dan Presiden Umno.
Jadi keutamaan Najib adalah
mengatasi cabaran yg berpunca daripada Dr Mahathir dan Daim. Maka menjatuhkan
imej dan kewibawaan mereka adalah pilihan utama dan terbaik bagi Najib.
Anwar juga ancaman kepada beliau
tetapi tidak segera seperti ancaman Dr Mahathir dan Daim. Ancaman Anwar adalah
apabila pilihan raya umum diadakan, namun dalam situasi terkini, dimana Anwar berada dalam pertapaan selama 5 tahun, mungkin Anwar bukan ancaman lagi!
Tindakan Najib dan jentera diayahnya menyerang Tun Dr Mahathir melalui media arus perdana kawalan Umno adalah strategi
luar biasa yg boleh menjadi senjata makan tuan.
Ia mengalih fokus Anwar daripada kerajaan kepada Dr Mahathir. Najib tentu tahu bahawa Dr Mahathir, Daim dan Anwar
adalah trio yg sangat berpengaruh ketika Anwar dalam Umno dan kerajaan sedangkan
beliau sendiri sekadar pelakon tambahan. Jadi melaga2 bekas "tiga sahabat"
itu adalah strategi bijak. Hatta Anwar sendiri tidak sedar dan termasuk
perangkap perang saraf Mohd Najib.
Kemungkinan wujud hasrat
tersirat dan persefahaman belakang tabir berbentuk quit pro quo
di
antara Mohd Najib dan Anwar memandangkan kedua2 mereka mempunyai
“isu2” yg mungkin boleh dirungkaikan atau, setidak2nya pun,
dikurangkan impaknya kalau mereka saling bantu membantu. Kata ungkapan
Inggeris
“birds of a feather stick together.”
Percayalah, dalam politik
tidak ada musuh yg kekal. Yg kekal hanyalah kepentingan bersama. Kalau
Anwar boleh berkasih2 dengan Dr Mahathir selama 16 tahun dalam Umno dan
kerajaan, tidaklah mustahil bagi Anwar bercumbu2 dengan Mohd Najib.
Kalau ini permainan catur, Anwar pasti tahu Mohd Najib lebih mudah dimakan
berbanding Dr Mahathir dan Daim.
Dua hari lepas, Najib sudah pun mengarahkan supaya fokus diberikan kepada menjaga kesihatan Anwar secara khas, yg mana kini Anwar berada di HKL.
Apa yg jelas, Najib bolih saja masuk perangkap Anwar walau pun dia kini berada didalam sel Penjara Sungai Buluh.
No comments:
Post a Comment