Menteri dalam negeri berkata, pihaknya akan mengesan kira-kira 2 juta pendatang asing tanpa izin yang bekerja secara haram di seluruh negara dan akan menghantar mereka pulang terlebih dahulu sebelum membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh itu secara sah.
Persoalannya, semudah itu ke kerajaan nak mengesan 2 juta PATI itu sedangkan selama ini pun kerajaan kelihatannya seperti kehilangan punca nak menyelesaikan permasalahan PATI tersebut.
Kalaulah semudah ABC untuk mengesan mereka, mengapa tidak kerajaan memanggil saja 1.3 juta PATI yang tidak mendaftar dalam Program 6P lalu dan mengapakah kerajaan sampai terpaksa mengadakan operasi secara besar-besaran di seluruh negara bagi menangkap mereka, yang mana operasi itu pun terkandas ditengah jalan.
Apakah kerajaan tidak sedar bahawa sebenarnya kekurangan pekerja disektor-sektor yang dinyatakan itu pun adalah disebabkan pekerja-pekerja itu telah lari dari sektor-sektor yang sepatutnya mereka bekerja dan kini telah berhijrah lari bekerja ketempat yang mereka tidak bolih bekerja seperti menjadi sales promoter, pembantu kedai, menjadi pengawal keselamatan, bekerja dipasar-pasar, berniaga ikan dan sayur dipasar-pasar malam, malah yang kini yang dah memulakan perniagaan sendiri berniaga kedai runcit dan kedai makan pun ramai.
Persoalannya lagi, di sektor mana pekerja asing itu bakal ditempatkan dan apakah jaminannya yang mereka itu juga tidak akan lari dari majikan dimana mereka ditempatkan dan bekerja ditempat-tempat lain seperti yang terjadi sekarang ini.
Sepatutnya menteri yang terlibat membawa perkara berkenaan ke Parlimen untuk dibahaskan terlebih dahulu. Kerajaan juga perlu menggariskan dasar untuk membantu industri dan sektor yang memerlukan tenaga kerja dengan memberi insentif menaik taraf peralatan juga pendidikan semula pekerja. Bukan dengan penyelesaian jangka masa pendek seperti membawa masuk lebih ramai pekerja asing.
Kadar pengangguran rakyat Malaysia sudah meningkat kepada 3.2 peratus dan dijangka bertambah lagi dengan kegawatan ekonomi dan kemasukan warga Bangladesh ini.
Negara ketika ini mempunyai 6.7 juta warga asing, dengan hanya 2.1 juta daripadanya saja adalah pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara.
Jika ditambah lagi dengan kemasukan baru berjumlah 1.5 juta, sudah tentu akan memberi implikasi kurang baik terhadap struktur sosial dan pemilikan pekerjaan dalam kalangan rakyat tempatan.
Justeru adalah tidak wajar keputusan ini dilaksanakan. Kerajaan sepatutnya memantapkan lagi polisi untuk menambah bilangan pekerja tempatan biar sesuai dengan penyediaan peluang pekerjaan seperti yang diumum Perdana Menteri Najib Tun Razak dalam Bajet 2015 dan Rancangan Malaysia Ke-11 itu.
Pengambilan masuk warga Bangladesh itu memperlihatkan seolah-olah kerajaan tidak yakin dengan agenda yang digariskan dalam 'The National Graduate Employability Blueprint (GEB) 2012-2017' boleh berjaya untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan bagi memenuhi permintaan ekonomi, sedangkan sejumlah dana telahpun diperuntukkan.
Kenyataan Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan kerajaan akan membawa keluar dahulu dua juta pendatang asing yang bekerja secara haram di negara ini sebelum membawa masuk 1.5 juta warga Bagladesh untuk bekerja secara sah di negara ini tidak lebih daripada kenyataan menyelamatkan diri.
Sedangkan umum tahu isu kebanjiran pendatang asing di negara ini tidak pernah selesai apatah lagi dalam tempoh yang singkat.
Pekerja asing di negara ini sudah mencukupi dengan jumlah sedia ada.
Jumlah mereka sebenarnya sudah bolih dikatakan sebagai berlambak-lambak dan amat merbahaya.
Anggarannya pada tahun lalu saja, sebanyak 6.7 juta pekerja asing ada di negara ini, dan 4.6 juta daripadanya pendatang asing tanpa izin (PATI).
Kemasukkan warga Bangladesh ini juga secara tidak langsung akan menjadikan mereka sebagai suku kaum ketiga terbesar di negara kita ini..
Berdasarkan perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara, jumlah penduduk Malaysia kini adalah seramai 28.3 Juta orang..
Dari jumlah ini 92% adalah rakyat Malaysia (26.03 Juta) dan 8% bukan rakyat Malaysia (2.4Juta orang), jumlah ini terdiri daripada pekerja asing dan pemastautin yang berdaftar secara sah.
Komposisi 3 suku kaum terbesar di Malaysia pula 56.4% (14.7 Juta) adalah Melayu, 24.6% (6.4Juta) adalah Cina manakala kaum India mewakili 7.3% (1.9 Juta).
Jika 1.5 Juta lagi warga Bangladesh akan dibawa masuk ditambah pula dengan anggaran 0.5 Juta orang atau lebih warga Bangladesh yang sedia ada dalam negara kita, ini menjadikan Bangladesh menjadi suku kaum ketiga terbesar dalam negara kita..
Jika dasar ini dilaksanakan, maka jumlah pekerja asing di Malaysia akan mencecah 8.2 juta, atau 26 peratus penduduk di Malaysia,
Jadi jangan hairan dengan kemunculan bangsa baru di negara kita ... bangsa Melayu + Bangla..
No comments:
Post a Comment