Wednesday, 8 July 2015

B’putera Kekal Lemah Di Bawah Umno-BN

Bukankah Umno-BN telah memegang tampuk pemerintahan sejak Tanah Melayu merdeka pada 1957, dan pembentukan Malaysia pada 1963, satu tempoh melebihi 56 tahun, tetapi mengapakah masyarakat Bumiputera kekal lemah di bawah kepimpinan Umno-Barisan Nasional?

 Hampir sepanjang tempoh itu Umno telah menikmati majoriti yang amat besar di Parlimen dan tidak banyak menerima tentangan – politik mahupun berbentuk lain – terhadap agendanya.

DEB (Dasar Ekonomi Baru) telah diperkenalkan 42 tahun yang lalu. Malah, dasar itu kekal sebagai retorik Umno dan sekutu-sekutu mereka, meskipun DEB secara teorinya berakhir pada 1990.

Malangnya, tiada siapa dapat menafikan masyarakat Bumiputera kekal lemah hari ini dalam banyak aspek.
 Harus diingati juga Umno sering menggunakan istilah Melayu dan Bumiputera secara seiring namun keadaan Bumiputera teramatlah daif jika mahu dibandingkan dengan bangsa-bangsa lain.

Banyak kelemahan-kelemahan masyarakat Bumiputera, termasuk hakikat bahawa pendapatan purata masyarakat Cina Malaysia adalah lebih tinggi berbanding Bumiputera dengan nisbah 1: 1.43 dan penguasaan Bumiputera terhadap syarikat korporat hanyalah 10 peratus.

Tiga tahun lalu Najib mengakui bahawa daripada RM54 bilion nilai saham yang diperuntukkan kepada masyarakat Bumiputera, hanya RM2 bilion yang kekal di tangan masyarakat itu. Ke manakah pergi saham yang lain?

Isu terbesar yang harus dijelaskan Kerajaan ialah mengapa jurang sosio-ekonomi di dalam masyarakat Bumiputera semakin melebar?

No comments:

Post a Comment