Sunday, 12 July 2015

FGV - Durian Runtuh Ke Durian Sekah

  Saham Felda FGV mencatatkan kejatuhan paling teruk ke paras paling rendah sekitar RM1.65 pada 15 Jun 2015 lalu. Keadaan ini diburukkan lagi dengan penyingkiran keluar saham FGV daripada Bursa Saham sebelum ini.

Semasa IPO (Tawaran Awam Permulaan), rata-rata peneroka Felda telah membeli 800 unit saham yang mana harga keseluruhannya ialah RM3,560. Sekiranya peneroka tersebut masih memegang 800 unit saham, maka nilai pasaran bagi 800 unit itu hanya tinggal RM1,320 saja.
Ini bermakna seorang peneroka sudah mengalami kerugian sebanyak RM2,240. Dan jumlah ini hanya untuk seorang peneroka saja. Sekiranya dihitung jumlah seramai 112,635 peneroka, ia bermakna mereka mengalami kerugian RM252,300,933.80 bagi 800 unit saham itu.

Kejatuhan saham FGV ini turut memberikan kesan kepada beberapa pihak seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan kerajaan negeri. 

Walaupun Felda membeli syer sebuah syarikat di Indonesia bagi menangani kejatuhan sahama FGV itu, perkara tersebut tidak dapat diatasi. Jelas tindakan ini tidak mampu melonjakkan harga saham Felda Global. Sedangkan, sewaktu diapungkan saham ini melalui IPO kerajaam memaklumkan ia sebagai langkah yang hebat dengan harga RM4.45 sesaham. 

Namun unsangkarable, walaupun Felda rugi teruk, Najib mengumumkan bahawa seramai 98,688 peneroka Felda tetap menerima durian runtuh menerusi pembayaran dividen Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) dan duit raya berjumlah keseluruhan RM88.8 juta yang akan dibayar mulai 13 Julai ini.

Najib Tun Razak yang mengumumkan perkara itu berkata ia melibatkan pembayaran dividen FGV berjumlah RM59,212,800 serta duit raya RM29,606,400.

A
lhamdulillah syukur, dapat juga orang-orang Felda mewah beraya tahun ini.... namun persoalannya, wang itu semamangnya wang DIVIDEN atau WANG SOGOKAN.

Mengikut kamus, Dividen adalah pembagian laba atau keuntungan kepada pemegang saham berdasarkan banyaknya saham yang dimiliki.

Dividen terbahagi empat jenis:
  1. Dividen tunai; cara paling umum untuk pembagian keuntungan. Dibayarkan dalam bentuk tunai dan dikenai cukai pada tahun pengeluarannya.
  2. Dividen saham; dibayarkan dalam bentuk saham tambahan, biasanya dihitung berdasarkan jumlah saham yang dimiliki. Contohnya, setiap 100 saham yang dimiliki, diberi 5 saham tambahan. Cara ini mirip dengan stock split karena dilakukan dengan cara menambah jumlah saham sambil mengurangi nilai tiap saham sehingga tidak mengubah modal.
  3. Dividen properti; dibayar dalam bentuk aset. Pembahagian dividen dengan cara ini jarang dilakukan.
  4. Dividen interim; dibagikan sebelum tahun buku Perseorangan berakhir.
Jadi, dividen yang diterima olih para pelabur saham FGV ni dalam kapasiti yang mana yek ....

Saturday, 11 July 2015

Najib Tidak Akan Jatuh Kerana 1MDB

Percayalah, usaha untuk menjatuhkan Najib tidak akan berhasil. Apa lagi kalau usaha itu hendak dibuat menerusi undi tidak percaya menerusi parlimen, ia amat sukar untuk menjadi kenyataan.

Jika dilihat kepada kedudukan Umno hari ini, ia semuanya dikuasai oleh orang-orang Najib.
Najib telah mengikat orang-orang itu agar menjadi penyokong dengan mengikat mereka dengan pelbagai isu peribadi dan juga pemberian projek berjuta-juta ringgit.

Hari ini ketua-ketua Umno atau ahli parlimen memperolehi pendapatan sampai RM50 ribu sebulan, malahan setengahnya ratus juta... jadi dengan kedudukan itu sukar untuk mereka meninggalkan Najib sebab politik Umno ialah politik perut.

Sebagai membuktikan yang kedudukan Najib masih kuat ialah bila dilihat kepada pertemuan yang diadakan untuk menyatakan sokongan kepada Najib pada 8 Mac lalu. Najib jelas dijulang olih para pengampu bukan kerana diri Najib itu sendiri, tetapi kerana perut.

Mereka yang hadir itu walaupun bukan seratus peratus orang Najib, tetapi orang yang sebelum ini merupakan penyokong Mahathir juga hadir sama. Atas dasar itu, rasanya amat sukar untuk Najib dijatuhkan.

Mengenai 1MDB yang dikatakan akan menjadi katalis kepada kejatuhan Najib, percayalah 1MDB tidak akan memberi kesan kepada kedudukan Najib kerana rakyat bawahan tidak tahu apa itu 1MDB.

Rakyat tidak tahu apa isu sebenar 1MDB, dan mereka tidak peduli pun apabila sesekali mereka diberikan wang seperti BR1M dan sebagainya.

Ironinya teman rasa kemarahan Mahathir kepada Najib bukan sangat kerana 1MDB sebab dia sendiri juga menghabiskan wang negara berbillion ringgit menerusi berbagai projek meganya seperti Proton, Hidro Bakun di Sarawak, Perwaja di Terengganu dan sebagainya. Apa yang Mahathir tidak tahan dan marah ialah kerana sikap Rosmah.

  Najib hanya boleh dijatuhkan menerusi secara pilihan raya, kerana kalau diharap orang-orang akan menjatuhkannya ia sesuatu yang mustahil .... ia disebabkan angkara perut tadi ....

Thursday, 9 July 2015

Bila Telunjuk Sendiri Mencucuk Mata

  

Ramai yg bertanya, mengenai pendirian Jebat dalam isu pergeseran Tun dan Najib Tun Razak. Teman dah pun beri penjelasan, teman bukan penulis upahan, teman cuma blogger dan pengkritik politik bebas. Justeru seperti mana teman menghormati pendirian tuan2 ... tuan2 juga perlu menghormati pendirian teman.

Ramai juga blogger2 rebung yg masih hijau beranggapan, apabila kita membuat teguran terhadap pemerintah, khususnya kepada Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak, dianggap persekongkolan dengan (Tun) Dr Mahathir Mohamad.

  Dalam menulis blog dan di Facebook ini, teman tidak diupah atau ditaja oleh sesiapa. Sebaliknya teman keluarkan duit sendiri dan guna masa sendiri. Awal dan akhir, teman adalah penulis bebas. Biarpun ada yg menghentam, ada yg tak sehaluan, teman beranggapan itu asam garam kehidupan, teman tidak pernah merajuk, tidak pernah sentap dan tidak pernah tutup blog teman.

Teman menulis dimasa lapang, mentelaah, mencanai dan membuat rumusan sendiri diatas scenario politik negara. Tidak seperti sesetengah blogger berbayar ombak biru, atau tentera kacang merah, teman tidak tergoda dengan politik dan tidak terpaksa mengampu untuk terus cari makan dalam penulisan.

Kerana itu teman bolih suka2 menulis pasal kekasih gelap, cerita2 durian musang king atau pun cerita2 romantis Malam Jumaat Keliwon. Tidak adalah apa2 yg boleh menyebabkan teman dalam dilema, serba salah dan gusar apabila menulis mengenai politik dan orang2 politik. 

Tak dinafikan, memang ada blogger dan facebooker yg memilih untuk menjadi makhluk dua alam, yg melompat sana sini antara parti dan sponsor demi surviva periuk nasi. Itu hak dan pilihan mereka. Teman memilih untuk kekal sebagai seorang yg bebas.

Berkenaan perang konfrontasi yg melibatkan Tun Dr Mahathir dan Najib Tun Razak, teman tak pernah rasa terseret dan terpalit, pendapat teman mudah:

Perdana Menteri tidak menyangka bahawa dua orang penjaga (guardians) politiknya - Dr Mahathir dan Tun Daim – boleh menjadi begitu kritikal terhadap beliau sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan, suami dan presiden parti.

Pada mulanya beliau menggunakan taktik berdiam diri ala "elegant silence" (Tun) Abdullah Ahmad Badawi, disusuli dengan berjumpa sendiri dengan Dr Mahathir dan Daim. Tetapi tindakan susulan beliau tidak meyakinkan kedua2 orang lama itu dan mereka terus bersuara.

Daripada taktik pertahan diri, Mohd Najib dan pakar2 perang sarafnya berpindah kepada taktik serangan dengan melantik Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, sebagai protagonis utama.

Premis mereka adalah ancaman terdekat terhadap Mohd Najib ialah Dr Mahathir dan Daim. Dua orang veteran itu boleh menggugat kedudukan Mohd Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Jadi keutamaan Najib adalah mengatasi cabaran yg berpunca daripada Dr Mahathir dan Daim. Maka menjatuhkan imej dan kewibawaan mereka adalah pilihan utama dan terbaik bagi Najib.

Anwar juga ancaman kepada beliau tetapi tidak segera seperti ancaman Dr Mahathir dan Daim. Ancaman Anwar adalah apabila pilihan raya umum diadakan, namun dalam situasi terkini, dimana Anwar berada dalam pertapaan selama 5 tahun, mungkin Anwar bukan ancaman lagi!

Tindakan Najib dan jentera diayahnya menyerang Tun Dr Mahathir melalui media arus perdana kawalan Umno adalah strategi luar biasa yg boleh menjadi senjata makan tuan. 

 Ia mengalih fokus Anwar daripada kerajaan kepada Dr Mahathir. Najib tentu tahu bahawa Dr Mahathir, Daim dan Anwar adalah trio yg sangat berpengaruh ketika Anwar dalam Umno dan kerajaan sedangkan beliau sendiri sekadar pelakon tambahan. Jadi melaga2 bekas "tiga sahabat" itu adalah strategi bijak. Hatta Anwar sendiri tidak sedar dan termasuk perangkap perang saraf Mohd Najib.

Kemungkinan wujud hasrat tersirat dan persefahaman belakang tabir berbentuk quit pro quo di antara Mohd Najib dan Anwar memandangkan kedua2 mereka mempunyai “isu2” yg mungkin boleh dirungkaikan atau, setidak2nya pun, dikurangkan impaknya kalau mereka saling bantu membantu. Kata ungkapan Inggeris “birds of a feather stick together.”

Percayalah, dalam politik tidak ada musuh yg kekal. Yg kekal hanyalah kepentingan bersama. Kalau Anwar boleh berkasih2 dengan Dr Mahathir selama 16 tahun dalam Umno dan kerajaan, tidaklah mustahil bagi Anwar bercumbu2 dengan Mohd Najib. Kalau ini permainan catur, Anwar pasti tahu Mohd Najib lebih mudah dimakan berbanding Dr Mahathir dan Daim.

Dua hari lepas, Najib sudah pun mengarahkan supaya fokus diberikan kepada menjaga kesihatan Anwar secara khas, yg mana kini Anwar berada di HKL.
Apa yg jelas, Najib bolih saja masuk perangkap Anwar walau pun dia kini berada didalam sel Penjara Sungai Buluh.

Wednesday, 8 July 2015

B’putera Kekal Lemah Di Bawah Umno-BN

Bukankah Umno-BN telah memegang tampuk pemerintahan sejak Tanah Melayu merdeka pada 1957, dan pembentukan Malaysia pada 1963, satu tempoh melebihi 56 tahun, tetapi mengapakah masyarakat Bumiputera kekal lemah di bawah kepimpinan Umno-Barisan Nasional?

 Hampir sepanjang tempoh itu Umno telah menikmati majoriti yang amat besar di Parlimen dan tidak banyak menerima tentangan – politik mahupun berbentuk lain – terhadap agendanya.

DEB (Dasar Ekonomi Baru) telah diperkenalkan 42 tahun yang lalu. Malah, dasar itu kekal sebagai retorik Umno dan sekutu-sekutu mereka, meskipun DEB secara teorinya berakhir pada 1990.

Malangnya, tiada siapa dapat menafikan masyarakat Bumiputera kekal lemah hari ini dalam banyak aspek.
 Harus diingati juga Umno sering menggunakan istilah Melayu dan Bumiputera secara seiring namun keadaan Bumiputera teramatlah daif jika mahu dibandingkan dengan bangsa-bangsa lain.

Banyak kelemahan-kelemahan masyarakat Bumiputera, termasuk hakikat bahawa pendapatan purata masyarakat Cina Malaysia adalah lebih tinggi berbanding Bumiputera dengan nisbah 1: 1.43 dan penguasaan Bumiputera terhadap syarikat korporat hanyalah 10 peratus.

Tiga tahun lalu Najib mengakui bahawa daripada RM54 bilion nilai saham yang diperuntukkan kepada masyarakat Bumiputera, hanya RM2 bilion yang kekal di tangan masyarakat itu. Ke manakah pergi saham yang lain?

Isu terbesar yang harus dijelaskan Kerajaan ialah mengapa jurang sosio-ekonomi di dalam masyarakat Bumiputera semakin melebar?

Sunday, 5 July 2015

1.5 Juta Bangla - Antara Durian Musang King Dan Durian Runtuh

Syarikat Bestinet Sdn Bhd dijangka menikmati durian runtuh dengan meraih keuntungan RM150 juta selepas Putrajaya mengumumkan pengambilan masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh secara berperingkat bagi memenuhi permintaan pelbagai sektor.

Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FMCMS) yang mewajibkan setiap pekerja asing membayar RM100 kepada kontraktor untuk saringan kesihatan bio perubatan di negara asal pekerja asing mampu membawa keuntungan besar jika dikendalikan syarikat dikuasai Umno itu.

Ini tidak termasuk keuntungan yang diraih melalui pengambilan pekerja asing sedia ada seperti warga Indonesia, Filipina, Myanmar dan Nepal.

Pengumuman itu menjawab persoalan punca FMCMS dikuatkuasakan secara tergesa-gesa, malah semua kaunter imigresen ditutup sepenuhnya untuk urusan visa dan Rujukan (VDR) mulai semalam.

Pelaksanaan sistem itu bakal mencetuskan ketegangan dengan agensi tenaga kerja serta kementerian di Nepal apabila mereka diwajibkan untuk menggunakan sistem bio perubatan.

Contoh dasar kerajaan Filipina yang mensyaratkan pekerja atau ejen pengambilan pekerja perlu membayar AS$15 (RM54) bagi tujuan memuat naik maklumat kesihatan pekerja asing.

Apakah jaminan ruang pekerjaan untuk orang tempatan selepas 1.5 juta pekerjaan diambil alih pekerja Bangladesh?

Bagaimana untuk meningkatkan pendapatan rakyat dan ekonomi negara sekiranya tenaga kerja murah asing diimport dan digunakan untuk memenuhi kekosongan kerja tempatan.

Lebih dipersoalkan apabila kontrak FWCMS boleh dianugerahkan tanpa tender terbuka kepada Bestinet sebagai syarikat bernilai RM2 sehingga 2013.

Maklumat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) juga menunjukkan Bestinet tidak menghantar Laporan Akaun sejak 2010 selama 4 tahun, yang pastinya melanggar Akta Syarikat 1965, dan diklasifikasikan sebagai syarikat ‘Dormant’.

Semua kelakuan berleluasa ini menimbulkan keraguan wujudnya percanggahan kepentingan, berpakat sulit serta salah guna kuasa antara pihak kelulusan dan pihak yang mendapat manfaat.

Malaysia Bakal Jadi Darul Bangla

Menteri dalam negeri berkata, pihaknya akan mengesan kira-kira 2 juta pendatang asing tanpa izin yang bekerja secara haram di seluruh negara dan akan menghantar mereka pulang terlebih dahulu sebelum membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh itu secara sah.   

Persoalannya, semudah itu ke kerajaan nak mengesan 2 juta PATI itu sedangkan selama ini pun kerajaan kelihatannya seperti kehilangan punca nak menyelesaikan permasalahan PATI tersebut.

Kalaulah semudah ABC untuk mengesan mereka, mengapa tidak kerajaan memanggil saja 1.3 juta PATI yang tidak mendaftar dalam Program 6P lalu dan mengapakah kerajaan sampai terpaksa mengadakan operasi secara besar-besaran di seluruh negara bagi menangkap mereka, yang mana operasi itu pun terkandas ditengah jalan.

Apakah kerajaan tidak sedar bahawa sebenarnya kekurangan pekerja disektor-sektor yang dinyatakan itu pun adalah disebabkan pekerja-pekerja itu telah lari dari sektor-sektor yang sepatutnya mereka bekerja dan kini telah berhijrah lari bekerja ketempat yang mereka tidak bolih bekerja seperti menjadi sales promoter, pembantu kedai, menjadi pengawal keselamatan, bekerja dipasar-pasar, berniaga ikan dan sayur dipasar-pasar malam, malah yang kini yang dah memulakan perniagaan sendiri berniaga kedai runcit dan kedai makan pun ramai.

Persoalannya lagi, di sektor mana pekerja asing itu bakal ditempatkan dan apakah jaminannya yang mereka itu juga tidak akan lari dari majikan dimana mereka ditempatkan dan bekerja ditempat-tempat lain seperti yang terjadi sekarang ini.

Sepatutnya menteri yang terlibat membawa perkara berkenaan ke Parlimen untuk dibahaskan terlebih dahulu. Kerajaan juga perlu menggariskan dasar untuk membantu industri dan sektor yang memerlukan tenaga kerja dengan memberi insentif menaik taraf peralatan juga pendidikan semula pekerja. Bukan dengan penyelesaian jangka masa pendek seperti membawa masuk lebih ramai pekerja asing.

Kadar pengangguran rakyat Malaysia sudah meningkat kepada 3.2 peratus dan dijangka bertambah lagi dengan kegawatan ekonomi dan kemasukan warga Bangladesh ini.

Negara ketika ini mempunyai 6.7 juta warga asing, dengan hanya 2.1 juta daripadanya saja adalah pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara.

Jika ditambah lagi dengan kemasukan baru berjumlah 1.5 juta, sudah tentu akan memberi implikasi kurang baik terhadap struktur sosial dan pemilikan pekerjaan dalam kalangan rakyat tempatan.

Justeru adalah tidak wajar keputusan ini dilaksanakan. Kerajaan sepatutnya memantapkan lagi polisi untuk menambah bilangan pekerja tempatan biar sesuai dengan penyediaan peluang pekerjaan seperti yang diumum Perdana Menteri Najib Tun Razak dalam Bajet 2015 dan Rancangan Malaysia Ke-11 itu.

Pengambilan masuk warga Bangladesh itu memperlihatkan seolah-olah kerajaan tidak yakin dengan agenda yang digariskan dalam 'The National Graduate Employability Blueprint (GEB) 2012-2017' boleh berjaya untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan bagi memenuhi permintaan ekonomi, sedangkan sejumlah dana telahpun diperuntukkan.

Kenyataan Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan kerajaan akan membawa keluar dahulu dua juta pendatang asing yang bekerja secara haram di negara ini sebelum membawa masuk 1.5 juta warga Bagladesh untuk bekerja secara sah di negara ini tidak lebih daripada kenyataan menyelamatkan diri.

Sedangkan umum tahu isu kebanjiran pendatang asing di negara ini tidak pernah selesai apatah lagi dalam tempoh yang singkat.

Pekerja asing di negara ini sudah mencukupi dengan jumlah sedia ada.
Jumlah mereka sebenarnya sudah bolih dikatakan sebagai berlambak-lambak dan amat merbahaya.

Anggarannya pada tahun lalu saja, sebanyak 6.7 juta pekerja asing ada di negara ini, dan 4.6 juta daripadanya pendatang asing tanpa izin (PATI).

Kemasukkan warga Bangladesh ini juga secara tidak langsung akan menjadikan mereka sebagai suku kaum ketiga terbesar di negara kita ini..

Berdasarkan perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara, jumlah penduduk Malaysia kini adalah seramai 28.3 Juta orang..

Dari jumlah ini 92% adalah rakyat Malaysia (26.03 Juta) dan 8% bukan rakyat Malaysia (2.4Juta orang), jumlah ini terdiri daripada pekerja asing dan pemastautin yang berdaftar secara sah.

Komposisi 3 suku kaum terbesar di Malaysia pula 56.4% (14.7 Juta) adalah Melayu, 24.6% (6.4Juta) adalah Cina manakala kaum India mewakili 7.3% (1.9 Juta).

Jika 1.5 Juta lagi warga Bangladesh akan dibawa masuk ditambah pula dengan anggaran 0.5 Juta orang atau lebih warga Bangladesh yang sedia ada dalam negara kita, ini menjadikan Bangladesh menjadi suku kaum ketiga terbesar dalam negara kita..

Jika dasar ini dilaksanakan, maka jumlah pekerja asing di Malaysia akan mencecah 8.2 juta, atau 26 peratus penduduk di Malaysia,

Jadi jangan hairan dengan kemunculan bangsa baru di negara kita ... bangsa Melayu + Bangla..

Thursday, 2 July 2015

Tubuhkan Segera Unit Pengusiran PATI.

Mengikut laporan khas akhbar Utusan baru-baru ini, terdapat penguat kuasa yang tidak amanah ada mengutip wang perlindungan di sempadan.

Difahamkan daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai perkara sama juga berlaku di premis-premis perniagaan pusat-pusat bandar dan di pinggir bandar atau di pekan-pekan iaitu terdapat pendatang asing tanpa izin (PATI) yang bekerja di situ terpaksa membayar juga wang perlindungan setiap bulan kepada penguat kuasa berkenaan.

Perkara ini diceritakan sendiri oleh PATI yang terlibat. Atas sebab itulah PATI tidak lagi rasa takut ditangkap oleh pihak penguat kuasa.

Difahamkan daripada sumber-sumber tertentu berakhir 31 Disember 2014 lebih 12 juta PATI berada di negara ini.

Maklumat ini berdasarkan kepada kemasukan wang asing melalui jalan yang sah, namun tidak pulang ke negara asal setelah tamat tempoh visa. Ini tidak termasuk warga asing yang masuk melalui jalan tikus. Jika kenyataan ini benar, maknanya negara sedang dan akan menghadapi masalah besar untuk jangka panjang jika tidak diatasi mulai sekarang.

Jika benar 12 juta PATI berada di negara ini ia adalah satu jumlah yang sangat besar berbanding dengan keseluruhan jumlah penduduk negara seramai 29.3 juta orang.

Akhirnya negara kita akan dipenuhi oleh PATI dan negara ini juga akan menjadi lambakan manusia warga asing. Jadi pihak berkuasa yang diberi amanah hendaklah bijak dalam menguruskan PATI dan warga asing yang lain.

Mampukah Jabatan Imigresen menangkap PATI pada setiap hari?, dan mampukah Depot Tahanan Imigresen menerima tahanan baharu seramai itu setiap hari? Jika tidak, maknanya PATI di negara ini sudah tidak dapat dikawal lagi oleh pihak berkuasa.

Bagi tujuan tersebut, Jabatan Imigresen, MKN, ATM, PDRM dan Rela perlu bergabung sepanjang tahun untuk mengusir PATI di negara ini tanpa bertolak ansur lagi dan hukuman sebat adalah satu-satunya hukuman yang difikirkan amat sesuai dikenakan kepada PATI bagi memberi pengajaran dan untuk menakutkan warga asing yang ada cita-cita hendak datang ke negara ini.

Sehari dua yang lalu Menteri Dalam Negeri ada bercakap di Dewan Negara bahawa di negara maju pun ada PATI. Saya berpendapat jumlah PATI di negara ini sangat berbeza dengan jumlah PATI di negara maju iaitu jumlah PATI di negara maju adalah sangat kecil bilangannya berbanding dengan jumlah penduduk tempatan.

PATI di negara-negara tersebut sebenarnya tidak mengancam rakyat tempatan. PATI di negara ini disamping mengancam keselamatan rakyat tempatan seperti melakukan jenayah rompakan, rogol, pecah rumah, curi kereta kemudian jual alat ganti kereta dan lain-lain lagi.


Pihak kerajaan terutamanya MKN dan Jabatan Imigresen perlu sedar kerana rakyat sudah bosan dan sangat letih bercakap fasal PATI.

Hari ini, sedar atau tidak, PATI berjaya mengusir penyewa tempatan di satu-satu kawasan seperti yang di laporkan oleh akhbar Sinar Harian baru-baru ini.

Di kawasan Gombak, PATI masuk menyewa di kawasan itu secara beramai-ramai kemudian melakukan sesuatu yang kurang menyenangkan penduduk tempatan. Akhirnya penduduk tempatan angkat kaki meninggalkan kawasan ini. Maknanya rakyat tempatan telah kalah kepada PATI.

Kini di Kuala Lumpur di kawasan Pekeliling dan Damai Kompleks di Batu 1 Jalan Ipoh terlalu ramai warga asing daripada negara Pakistan, Nepal, Bangladesh yang menguasai kawasan tersebut.

Apakah MKN dan Jabatan Imigresen akan membiarkan sahaja tanpa apa-apa tindakan untuk memeriksa sama ada warga asing itu PATI atau sebaliknya?

Adalah dicadangkan organisasi MKN wajar ditambah baik dengan mewujudkan sebuah Unit Pengusiran PATI.

MKN wajar diketuai oleh seorang Pegawai Kanan PDRM empat bintang, dan mempunyai tiga timbalannya yang wajar diisi oleh Pegawai Kanan ATM tiga bintang, Pegawai Kanan Polis tiga bintang dan Pegawai Kanan Rela tiga bintang bagi tujuan menghapuskan PATI di negara ini.


Ada pasukan Rela, simpan, hanya untuk mengawal lalu lintas pada majlis-majlis tertentu yang dihadiri oleh pemimpin kerajaan, atau mengawal stadium apabila ada perlawanan bola sepak, atau majlis-majlis lain.

Janganlah jadikan negeri-negeri di semenanjung ini sebagai negeri Sabah kedua iaitu PATI di negeri tersebut 10 kali ganda lebih ramai daripada jumlah sebenar warga Sabah yang bertaraf warganegara Malaysia.

Kepada Perdana Menteri, Y.A.B. Datuk Seri Najib Tun Razak, demi untuk kebaikan dan kecemerlangan jentera kerajaan dalam pengurusan dan pentadbiran negara bagi menghadapi cabaran-cabaran mendatang adalah difikirkan wajar agar jawatan KSN, jawatan KPPA dan Timbalan KPPA dibuka kepada semua cabang perkhidmatan seperti perkhidmatan ATM, PDRM, Perkhidmatan Pendidikan, Perkhidmatan Perubatan, Ahli Akademi dan lain-lain, dan tidak wajar atau munasabah ia terus dimonopoli selama-lamanya oleh Pegawai Tabdir Diplomatik (PTD).