Apakah signifikannya Himpunan Rakyat
Melayu Bersatu pada 16 Sept lalu. Apakah yg mahu kita tunjukkan, dan apakah
kita hanya mahu menang sorak. Menunjukkan pada bangsa Cina yg Melayu kita
hebat. Kalau benar bangsa Melayu kita hebat, bolih tak tunjukkan dimanakah
kehebatan Melayu. Nak kata Melayu baju merah itu hebat berdemo dan berhimpun,
tidak juga. Buktinya kita hanya cakap berdegar-degar, namun tak berani nak langgar
Petaling Street, tak berani nak goncang Bukit Bintang dan tak berani nak gempur
Pudu, yg sinonim dengan kuasa Cina.
Kita hanya berani berkoar-koar di Padang
Merbok, apa barang weiii. Nak kata ikut undang2, Bersih 1,2,3
dan 4 itu tak ada pun ikut undang2. Sebenarnya ramai yg tidak faham, apakah
maksud dan tujuan perhimpunan baju merah itu diadakan. Ia seolah2 hanya
perhimpunan syok sendiri yg bermotifkan politik tersembunyi. Ia satu
perhimpunan palsu, yg pada mulanya dikatakan bagi membela martabat Melayu dari
diperlecehkan olih bangsa Cina, namun kemudiannya dihari perhimpunan itu pula,
bekas Ketua Menteri Melaka menyatakan bahawa perhimpunan itu lambang sokongan
padu orang Melayu kepada Najib.
Bukankah itu satu manipulasi serta pembohongan
besar terhadap peserta2 yg hadir diperhimpunan itu.
Walau lebih 5 dekad Malaysia membawa
satu nama yg menaungi tanah Semenanjung – dulunya dikenali sebagai Tanah Melayu
atau Malaya – dan negeri Borneo, kaum Melayu dan Bumiputera yg menjadi asas
nama negara itu sendiri, ketika ini masih terpinggir dan mundur dari segi ekonomi.
Malaysia selepas 52 tahun masih gagal menyelesaikan masalah kemiskinan di
kalangan rakyatnya, terutama orang Melayu.
Ini mungkin kerana orang Melayu memang
bersifat inklusif "sejak azali", dan yg menjadi faktor utama
penyumbang kepada kemunduran dan kemiskinan Melayu ialah, pemikiran komuniti yg
satu ini masih di takuk lama.
Meskipun kaum Melayu membentuk kelas
menengah paling ramai di Malaysia, namun strukturnya amat berbeza dengan kaum
lain, terutamanya Cina. Menengah Melayu masih terikat. Kerangka kita, di atas
mesti ada majikan. Kalau zaman dahulu, kerangkanya ialah pembesar istana. Sebagai contoh, Melayu golongan
menengah hanya makan gaji, berbeza dengan Cina yg menjalankan perniagaan
sendiri. Mereka (Cina) tidak bergantung pada kerajaan. Ini dapat dibuktikan
dengan orang Melayu yg membentuk peratusan paling ramai dalam sektor awam.
Mereka hanya bekerja makan gaji dan
menerima suapan rezeki setiap bulan daripada majikan. Bukan itu sahaja, sektor
swasta juga memperlihatkan orang bukan Melayu mengatasi kaum majoriti itu. Memang tidak dinafikan ada golongan
kaya dibarisi olih segeintir orang Melayu, namun ia masih lagi tidak mampu
menandingi kaum lain. Ya, benar, ada Melayu yg kaya. Kita lihat pada senarai
terkaya Malaysia, adalah satu dua nama, tetapi kalau kaya hanya bergantung
projek daripada kerajaan. Itu amat berbeza dengan Cina dan India yg kita tahu
mereka ada banyak tunai.
Melayu kita yg kaya itu sebenarnya
hutangnya melebihi asetnya. Malaysia yg dibentuk pada 1963, hingga kini masih
gagal menyelesaikan isu pokok, iaitu kemiskinan Melayu, walaupun sudah menempuh
1O kali penyusunan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yg bertujuan untuk meningkatkan
taraf hidup dan ekonomi bangsa Melayu.
Hakikatnya memang tidak ada maknanya
kita berhimpun dan terpekik terolong di Padang Merbok itu. Ia sekadar
menghabiskan tenaga, ibarat anjing menyalak bukit yg akhirnya kita sendiri yg
lelah sedangkan bangsa Cina semakin maju. Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan
dan semua pihak perlu menggembleng tenaga mendidik anak bangsa agar mereka
bangkit melawan "virus kemiskinan" ini.
Asas pendidikan perlu diperbaiki.
Jangan biar anak Melayu keciciran. Pendidikan akhirnya akan memberikan ekonomi
yg lebih baik, seterusnya kepada kesihatan, dan lain-lain. Kesedaran terhadap
bahayanya keciciran amat penting kerana ia kunci kepada penghapusan kemiskinan.
Kerajaan perlu berhenti menyuap rakyat dengan pertolongan jangka pendek seperti
BR1M contohnya, tetapi sebaliknya harus mendidik rakyat bagaimana untuk berusaha
memperoleh pendapatan yg lebih stabil.
Selagi perkara ini tidak
diselesaikan, maka Malaysia hanyalah perjanjian atas kertas tanpa dapat merasai
gabungan sebenar ketiga-ketiga tanah itu – Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Walaupun
kita duduk sebagai satu negara, saya tidak nampak kenegaraan. Malaysia bukan
satu negara, hanyalah kawasan Semenanjung dan pulau Borneo yg dicantum dan hanyalah
satu perjanjian tidak meresap kepada inti masyarakat.
Bila sebut kenegaraan, kita tidak
boleh berasaskan kontrak kepada kertas. Ia perlu datang daripada sanubari, jati
diri. Kemerdekaan juga bermakna rakyat Malaysia punya rasa kasih sayag terhadap
satu sama lain di kalangan berbilang bangsa dan agama, bukan memaki-hamun
anjing babi dan sebagainya.
Apabila datang Hari Malaysia, timbul
pelbagai perkara. Maknanya, 16 September bukan satu kegembiraan tapi dengan
penuh kekecewaan, dalam masyarakat yg tidak kena, walaupun selepas lebih 50
tahun penubuhannya.
Cuba kita lihat beberapa statistik hasil daripada meja bulat
Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) ini.
- 82% pekerja tanpa pendidikan tinggi adalah kaum
Bumiputera.
- 70% graduan menggangur adalah kaum Bumiputera.
- Bumiputera hanya menjawat 8% dari jawatan pentadbiran di
dalam sektor swasta.
- 3/4 Bumiputera dalam pekerjaan buruh adalah separuh mahir
(65%) atau tidak mahir (9%).
- 26% isi-rumah Bumiputera berpendapatan lebih kurang
RM2,000 sebulan, di bandingkan dengan kaum Cina 14% dan India 20%.
- Pendapatan purata isi rumah Bumiputra ialah RM4,457 (Cina
RM6,366 dan India RM5,233).
- Bumiputera hanya memiliki 8% syarikat besar di Malaysia.
- 48.4% dari setiap 10,000 pemuda muflis pada tahun 2012
adalah Melayu.
- Bumiputera hanya memiliki 25% dari jumlah nilai kesemua
hartanah dalam negara.
Bangsa Melayu ketika ini berhadapan dengan satu bentuk
ancaman yg bakal mengubah destini bangsa ini jika mereka tidak cermat
menguruskan kehendak serta matlamat hala tuju seluruh bangsa Melayu dan ia akan
mendatangkan kesan yg sangat buruk kepada generasi baru 50 tahun akan datang.
Lipatan sejarah berulang2 kali cuba memberi pelajaran kepada bangsa Melayu
bahwa jika mereka tidak bangun, sedar dan berubah maka sentiasa nasib bangsa
ini akan menjadi seperti mana tercatat dalam sejarah bangsa Melayu dan lipatan
sejarah ini tidak pernah sekalipun tersilap dimana jika Melayu berpecah, maka
mereka akan ditindas.
Dengan situasi politik yg memperlihatkan drama kepimpinan yg
sangat membimbangkan, cerdik pandai Melayu dan orang2 tua (the elders) perlu
segera tampil ke hadapan dan memberikan kesedaran kepada bangsa Melayu bahwa
tanda2 kehancuran bangsa ini sudah memperlihatkan ekornya pada hari ini.
Apabila orang2 bukan Melayu diajar oleh orang2 Melayu untuk mempertikaikan
kewibawaan ketuanan Melayu, institusi Raja-Raja Melayu, mempertikai serta
mempersendakan anutan serta agama bangsa Melayu iaitu agama Islam, maka inilah
tanda2 kehancuran bangsa Melayu sekali lagi tampil mengancam survival orang2
Melayu di masa hadapan.
Politik
kebencian yang diamalkan puak2 pembangkang telah menyebabkan bangsa Melayu
berpecah belah. Malahan kepimpinan Melayu dalam parti2 pembangkang turut
berpecah belah apabila kepimpinan pembangkang tidak dapat mengawal percaturan
politik yang memperjudikan bangsa dan agama semata2 untuk mendapatkan semua
sokongan politik dari semua pihak yg mereka rasa dapat membantu mereka merampas
Putrajaya.
Apabila bangsa Melayu berpecah maka
anasir2 luar akan berjaya merampas kuasa dan bangsa Melayu akan sekali
lagi tertindas dan menjadi orang suruhan di Tanah Melayu. Belajarlah dari
apa yg berlaku di Singapura. Orang2 Melayu dalam pakatan pembangkang kini
mengajar puak-puak bukan Melayu agar mempertikaikan segala hak2 milik Melayu
demi meruntuhkan formula muafakat Barisan Nasional. Politik songsang ini jika
dibiarkan berleluasa maka akan ada anasir2 luar yg dengan berani mempertikaikan
hak2 ketuanan Melayu, institusi Raja-Raja, bahasa Malaysia sebagai bahasa
kebangsaan dan akhirnya Islam sebagai agama rasmi.
Bangsa Melayu harus sedar dengan
jelas mana intan dan mana permata. Jangan kerana idealism politik romantika yg
berasaskan fitnah dan kebencian dijadikan asas, maka segala bakti dan budi UMNO
yg telah banyak membantu ramai orang2 Melayu untuk bangun dan berjaya dalam
hidup dipersiakan begitu sahaja dan dibalas dengan usaha untuk menggulingkan
kerajaan Melayu Islam yg dengan jayanya memartabatkan bangsa Melayu di bumi Allah
yg penuh barkah ini.
Tukarlah pemimpin jika mereka telah membuat kerosakan tetapi jangan
menghancurkan UMNO yg telah banyak berjasa kepada Melayu. Jatuhkan pemimpin yg
korup, rasuah dan bersekongkol dengan agenda Barat yg ingin menghancurkan Islam
di rantau ini. Akar umbi UMNO harus bertindak. Percayalah, jika kita terus
berpecah, ramalan yg mengatakan bangsa Melayu akan sekali lagi ditindas dan
menjadi kuli kepada bangsa bukan Melayu di bumi mereka sendiri akan menjadi
kenyataan. Bangun dan sedarlah wahai bangsaku ....