Thursday, 17 December 2015

Mengapa Dibiarkan Awang Hitam Terus Berbuat Onar Dinegra Kita?

Rakyat sudah lama rasa terganggu dengan kegiatan jenayah yang melibatkan warga Afrika di negara ini. Mereka dari masa-kesemasa sentiasa tampil dengan pelbagai taktik untuk menipu warga tempatan.

Terbaharu mereka menggunakan taktik mempromosi emas dan pertukaran mata wang asing untuk menipu warga tempatan. Kerugian dikatakan mencecah RM2 juta.

Sudah banyak kes melibatkan warga Afrika. Mereka bagaikan bermaharajela melakukan jenayah khususnya melibatkan penggunaan Internet. Ini belum lagi mengambil kira bagaimana mereka terlibat dalam kegiatan pengedaran najis dadah dengan menjadikan warga tempatan sebagai ‘keldai dadah’.

Oleh itu, sudah tiba masanya pihak berkuasa khususnya Jabatan Imigresen melakukan operasi besar-besaran bagi menahan dan mengusir warga Afrika yang menyalahgunakan peluang masuk ke negara ini untuk melakukan jenayah.

Pemeriksaan juga harus dilakukan di kolej-kolej swasta yang dikatakan menjadi ‘lubuk’ kepada warga Afrika untuk mereka berada di negara ini. Jika ada kolej yang melanggar peraturan, mereka perlu dikenakan tindakan tegas kerana ini melibatkan soal keselamatan negara.

Kita tidak boleh lagi berkompromi dalam soal ini. Apatah lagi kebanjiran warga Afrika ini semakin menjadi-jadi sehingga ada sesetengah kawasan dianggap ‘benua Afrika kecil’.

Bertindaklah sebelum terlambat kerana yang akan menanggung akibatnya rakyat kita juga.